loading...

Sunday, 21 November 2021

'Tangannya diikat, dipukul & kepala dihentak ke dinding berkali-kali' - Cemburu, suami simbah asid pada isteri sehingga meninggal dunia


Polis menahan seorang lelaki warga Arab Saudi yang disyaki menyimbah asid pada isterinya sendiri yang dikenali sebagai Sarah, 21, sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu, 20 November 2021, di Cianjur, Indonesia.


Ketua Polis Daerah Cianjur, Septiawan Adi berkata, kejadian bermotifkan cemburu di mana suspek, Abdul Latief dan isterinya yang sudah mendirikan rumah tangga selama satu tahun lima bulan terdahulu bertengkar sebelum mangsa disimbah dengan asid yang dibeli oleh suspek.


Difahamkan, Sarah berketurunan Arab-Indonesia di mana bapanya merupakan tentera Arab Saudi dan ibunya merupakan tenaga kerja wanita di Arab suatu ketika dahulu. Ketika masih kecil, keluarga bapanya pernah meminta Sarah tinggal di Arab, tetapi Sarah memilih untuk menetap di Indonesia.


Abdul Latief dikatakan tergila-gilakan pada Sarah dan sanggup mengejarnya ke Indonesia. Dia pernah cuba melamar Sarah beberapa kali tetapi gagal, sehinggalah percubaan keempatnya membuahkan hasil. 


Setelah berkahwin, Abdul Latief dikatakan terlalu cemburu dan Sarah tidak dibenarkan kerap keluar dari rumah. Sarah juga pernah diseksa, sehinggalah kemuncak kejadian pada Sabtu, Sarah disimbah dengan asid yang menyebabkan badannya melecur 90 peratus. Sebahagian dari cecair asid itu juga dikatakan termasuk ke dalam mulutnya.


Menurut laporan, Sarah didatangi oleh Abdul Latief pada jam 1 pagi ketika dia sedang tidur. Tangannya diikat dan mulutnya disumbat dengan kain sebelum dibelasah. Lebih teruk lagi, kepalanya dihentak ke dinding beberapa kali. 


Sarah tidak berupaya melawan kerana Abdul Latief berbadan besar berbanding dirinya yang kecil. Jiran-jiran yang menyedari kejadian itu terus datang membantu dan membawa Sarah ke hospital. Tetapi Sarah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan, ekoran kecederaannya yang parah.


Selepas kejadian itu, Abdul Latief cuba melarikan diri ke Tangerang sebelum ke Arab Saudi. Bagaimanapun, rancangannya diketahui dan polis segera menyekat pasport milik suspek.


"Awalnya kami mendapat maklumat suspek mahu melarikan diri ke Bandara Soekarno Hatta. Kami terus menghubungi pihak berkuasa lapangan terbang untuk menghalang pesawat dari berlepas dan terus menahan suspek," katanya. 



Polis kini sedang menunggu hasil bedah siasat terhadap mayat mangsa dan suspek akan didakwa dalam masa terdekat. 


Sumber: Suara



from The Reporter https://ift.tt/3qUVLKj
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3qRSPOy
via IFTTT

Gagal kemukakan dokumen terperinci, KPDNHEP buka kertas siasatan terhadap restoran jual ikan Siakap RM1,196.80


Tempoh telah diberi, namun pengusaha restoran terapung yang tular di media sosial baru-baru ini, dilaporkan gagal mengemukakan dokumen perniagaan yang lengkap seperti dikehendaki oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).


Kini, kertas siasatan akan dibuka dan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut, demikian kata Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid. 


"Peniaga itu memberi kerjasama baik kepada KPDNHEP, namun malangnya gagal memenuhi arahan menghantar dokumen perniagaan lengkap dan terperinci. Tempoh penghantaran dokumen terperinci itu dilanjutkan bagi membolehkan peniaga itu membetulkan kesilapan berkenaan. 


"Bagaimanapun, ia masih tidak dapat dipenuhi sehingga 17 November lalu menyebabkan kertas siasatan dibuka dan akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjutnya," katanya. 


Jelasnya, tindakan itu dilakukan kerana peniaga terbabit gagal menyelenggara dan menyimpan rekod dengan wajar. Bagi kesalahan itu, peniaga boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 mengikut Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 jika disabit kesalahan. 


"Siasatan lanjut atas kesalahan mencatut tidak dapat dijalankan disebabkan dokumen perniagaan dihantar peniaga itu tidak memberi maklumat terperinci berhubung kos operasinya. Peniaga itu hanya menyatakan harga jualan ikan siakap iaitu RM16 bagi setiap 100 gram, tidak pernah berubah sejak tiga tahun lalu. Namun ia bukan bukti kukuh dan tidak mencukupi bagi melakukan siasatan," katanya. 


Justeru, Rosol Wahid menasihatkan golongan peniaga sentiasa menyimpan rekod perniagaan termasuk resit pembelian bagi memudahkan proses penyiasatan KDPNHEP jika berlakunya sebarang isu berbangkit. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3x6tSzU
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3oNMkcP
via IFTTT

(Video) 'Dia dah buat dah, lampu merah tu.. Aduhai!' - Marshal konvoi motosikal berkuasa tinggi control trafik sesuka hati undang kemarahan


Tular di media sosial video beberapa penunggang motosikal berkuasa tinggi berlagak seperti 'marshal' memberhentikan dan mengarahkan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat untuk memberi ruang kepada konvoi mereka melalui jalan tersebut.


Video yang dimuat naik oleh Epul Adam Helmet Bajet itu dikatakan berlaku di persimpangan lampu isyarat di Sua Betong, Port Dickson. 


Walaupun ketika itu lampu isyarat jelas berwarna merah, 'marshal wannabe' itu tidak peduli dan serta-merta menghentikan kenderaan awam agar konvoi mereka dapat meneruskan perjalanan. 


Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, siasatan awal pihaknya mendapati konvoi tersebut datang dari Lebuhraya Seremban - Port Dickson menghala masuk melalui lampu isyarat Sua Betong ke Bulatan Sunggala Telok Kemang. 


Pihaknya kini sedang mengesan individu yang bertindak sebagai 'marshal' dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Polis dan Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 06-6472222. 



Dalam pada itu, Aidi Sham menasihatkan mana-mana kumpulan konvoi kenderaan tidak membuat sebarang tindakan memberhentikan / mengawal / melencong kenderaan orang awam di jalan raya tanpa sebarang kehadiran mana-mana pegawai polis. Tindakan itu bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga menyekat kebebasan bergerak di jalan awam. 



from The Reporter https://ift.tt/3HGCx0J
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3DCOYZd
via IFTTT

Saturday, 20 November 2021

(Video) 'Real actor gini perlu 1 million followers ke?' - Nabila puji keberanian Beto Kusyairy lakukan aksi lagak ngeri


September lalu, stesen TV berasaskan penstriman menetapkan syarat pelakon yang ingin muncul dalam saluran itu perlu mempunyai jumlah followers lebih sejuta di Instagram. 


Namun ada yang menganggap tindakan saluran TV tersebut tidak wajar kerana ramai pelakon yang mempunyai jumlah followers yang ramai tetapi tidak berbakat, sebaliknya hanya sekadar menjual populariti 'kayu'. 


Syarat seperti itu juga dikatakan akan merosakkan industri pada jangka panjang dan menutup peluang untuk bakat baharu untuk menceburi industri hiburan. 


Awal pagi tadi, pelakon, Nabila Huda memuat naik video pendek di Twitter yang menunjukkan rakan artisnya, Beto Kusyairy yang sanggup mengambil risiko melakukan babak disambar api tanpa menggunakan khidmat pelagak ngeri. 


Dalam kapsyen video tersebut, Nabila menegaskan Beto adalah pelakon yang sangat berdedikasi dan tidak memerlukan 1 juta followers untuk melakukan aksi seperti itu. 


"This is Beto Kusyairy everyone! Real actor gini perlu 1 million followers ke? Eh ini gila babi! Kalau tak ada orang appreciate, tak tahulah. Beto adalah one of the best everyone!" katanya. 



Ciapan Nabila itu disambut positif oleh followers yang bersetuju dengannya. Malah, mereka tidak menafikan Beto sememangnya berbakat dan selalu memberikan hasil yang terbaik dalam setiap watak yang diberikan. 


"Beto ini memang bukan calang-calang pelakon. Paling ingat filem Bisik Pada Langit. Duk ulang-ulang tengok pun masih jatuh air mata. Bagi watak apa pun, semua disampaikan dengan jiwa. Good job Beto Kusyairy," kata Auni Mya. 


"Beto is real actor. With any part he played, there is a certain amount of himself in it. That's what makes his acting attractive. Menjiwai setiap karakter dan menghidupkan karakter dengan jiwa," kata Nana.


"Ini, orang tak panggil artis. Ini orang panggil anak seni. Dia tak perlukan ABPBH dan yang sewaktu dengannya," kata Rafidah. 


Sumber: Twitter Nabila Huda



from The Reporter https://ift.tt/3CC7LT2
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3cALYR4
via IFTTT

'Muka & badannya cedera' - Mekanik maut dihempap kereta


Seorang lelaki berusia 31 tahun yang bekerja sebagai mekanik dilaporkan maut akibat dihempap sebuah kereta yang sedang dibaiki di sebuah bengkel dalam kejadian di Kampung Bukit, Bayan Lepas, malam tadi. 


Muaz Mat Isa ditemui dalam keadaan tersepit di bawah kereta jenis Proton pada jam 11.45 malam oleh rakannya yang datang mencarinya di bengkel tersebut. 


Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Pegawai Kanan Bomba II Helmirizal Che Morad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.54 malam dan terus bergegas ke lokasi. 


Sebaik saja tiba di lokasi selepas 10 minit kemudian, mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di bawah kenderaan itu. 


Difahamkan, separuh badan mangsa dihempap kereta yang jatuh semasa dia sedang melakukan kerja-kerja membaiki. 


Bomba mengambil masa kurang dari lima minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan badan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang juga berada di tempat kejadian. 


Sumber: Utusan Malaysia



from The Reporter https://ift.tt/3oQHoEb
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3x6ubuH
via IFTTT

Kenya pilih Proton X70 sebagai kenderaan rasmi polis


Jumaat lalu, 19 November, Proton Kenya memaklumkan pihaknya telah menyerahkan 30 Proton X70 SUV kepada Perkhidmatan Polis Kenya untuk dijadikan sebagai kenderaan rasmi pasukan keselamatan di negara itu. 


Dalam kenyataan itu, Proton Kenya berkata model SUV tersebut yang mempunyai gaya yang unggul, kestabilan yang mantap serta selesa akan memberikan keselesaan kepada pasukan keselamatan Kenya ketika melaksanakan tanggungjawab mereka. 


Berdasarkan gambar, dua warna yang ditawarkan iaitu warna putih, biru tua dan hijau (warna yang tidak ditawarkan di Malaysia).


Majlis penyerahan itu dibuat di ibu pejabat Simba Corporation di Mombasa Road. 



Untuk pengetahuan, model X70 merupakan model yang dilancar pada akhir tahun 2018. Model tersebut berjaya dijual lebih dari 48,000 unit dalam tempoh dua tahun (2019-2020 yang turut dieksport ke beberapa buah negara seperti Indonesia, Pakistan, Brunei. 


Sumber: Proton Kenya, Vocket, Simba Corp



from The Reporter https://ift.tt/30IEhpU
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3DGeA7r
via IFTTT

(Video) 'Umur 68 masih buat kerja Grab untuk sara hidup 2 anak, berlinangan air mata ni...' - Netizen zahirkan rasa simpati terhadap warga emas video viral


Di kala usia 60-an, tidak seperti warga emas lain, lelaki ini masih lagi bekerja mencari rezeki demi menyara kehidupan. Kisah warga emas yang dikenali sebagai Zakaria Abdul Wahab, viral di media sosial selepas dimuat naik oleh Daniel Ashraf di akaun TikTok semalam. 


Daniel yang juga bekerja sebagai penghantar makanan (Grab) berkata, dia terserempak dengan Zakaria atau Pakcik Zack selepas menghantar pesanan pelanggan di lokasi yang tidak dinyatakan. 


"Atuk ni aku jumpa masa aku buat (kerja) Grab. Dia punya buat Grab, umur dah 68 tahun. Baru dua bulan buat Grab. 


"Sedih bila dia cakap, dia buat Grab untuk sara hidup dia. Sebelum ini dia kerja bawa lori. 


"Semoga atuk sentiasa dilindungi Allah dan semoga atuk dimurahkan rezeki juga. Hati ni tengok atuk, teringat arwah atuk saya," kata Daniel. 


@danielashraf1370 kisah sedih hari ni, aku buat grab food terjumpa dgn seorang atuk yang berumur 68 tahun tapi masih kuat buat grab🥲 #fyp #fypシ #fypdongggggggg #sedih ♬ original sound - BrassicaOlerasia91 - DamianaJun91


Di media sosial, netizen menzahirkan rasa simpati dengan Pakcik Zack. Turut tampil beberapa individu yang mendakwa mengenalinya. 


"Encik Zack (warga emas berkenaan) ni driver bekas boss saya dulu. Memang jenis suka bekerja, tak boleh duduk saja. Rajin, dia memang peramah, suka borak. 


"Dia ada seorang anak perempuan, dua anak lelaki. Yang tinggal dengan dia, dua anak lelaki dan isterinya," kata Arip Lee. 


@danielashraf1370 Balas kepada @roseabdullll ♬ semangat ngontennya - SR.Kimz`ˢᵃⁿˢ


Ramai netizen meminta Daniel mendapatkan nombor akaun bank kerana mahu menghulur sumbangan kepada Pakcik Zack. Akur dengan permintaan itu, Daniel bertemu dengan Pakcik Zack dan menyampaikan hasrat netizen. 



Walaupun begitu, ada yang mempersoalkan apa yang dilakukan oleh dua anak lelakinya sehingga Pakcik Zack terpaksa bekerja di usia sebegini, tatkala warga emas lain sebaya dengannya kebanyakannya berehat di rumah menjalani hari-hari mendatang. 


Apa pun kisah di sebaliknya, netizen tetap berdoa agar Pakcik Zack dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusannya mencari rezeki. 


Sumber: TikTok Daniel Ashraf



from The Reporter https://ift.tt/3FsNhxU
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3DEZQpi
via IFTTT

'Kita makan najis lembu maka badan, fikiran & jiwa kita jadi suci' - Doktor pakar kanak-kanak saran makan najis lembu


Doktor Manoj Mittal, pakar kanak-kanak dari Haryana, India mencetuskan kontroversi di media sosial selepas muncul di hadapan kamera memuji kebaikan memakan najis lembu sambil menjamah najis haiwan itu. 


Amalan perubatan tradisional di India telah lama mempromosikan najis lembu sebagai ubat, bahkan ada yang mendakwa amalan itu boleh mengelakkan terkena penyakit seperti kanser dan Covid. Tetapi amalan ini tidak dipercayai oleh doktor termasuk pelatih perubatan yang umumnya percaya pada perkara seperti sains dan ujian klinikal. 


Manoj Mittal, dari daerah Karnal di Haryana mungkin berkecuali dalam hal ini. Dalam video viralnya baru-baru ini, Manoj dilihat menggigit sekeping tahi lembu dan memuji manfaatnya pada tubuh, minda dan jiwa manusia. 


"Setiap bahagian dari najis lembu itu sangat berharga untuk manusia. Lihat, jika kita makan najis lembu, maka badan, fikiran dan jiwa kita menjadi suci. Apabila ia memasuki badan kita, ia akan menyucikan badan kita," katanya. 


Pakar kanak-kanak itu menambah, ibunya pernah berbuka puasa dengan memakan najis lembu dan wanita yang mengamalkan amalan itu tidak lagi memerlukan pembedahan caesar ketika melahirkan anak.


Dalam video itu, Dr. Manoj Mittal boleh dilihat mengutip ketulan najis lembu dan dengan santai memakan kepingan najis lembu tersebut seperti roti. 



Di media sosial, perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi netizen. Ada yang memuji Manoj kerana mempromosikan amalan perubatan tradisional India dan tidak kurang juga meminta dia berhenti menyebarkan amalan yang tidak mendatangkan manfaat itu. 


"Majlis Perubatan India harus mengambil perhatian tentang perkara ini dan membatalkan lesen profesiona perubatannya. Sebagai pakar pediatrik, dia tidak sepatutnya menyebarkan amalan yang tidak baik untuk kanak-kanak yang tidak bersalah," kata netizen. 


Sumber: Oddity Central



from The Reporter https://ift.tt/30O34c3
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3HQgQf5
via IFTTT

Friday, 19 November 2021

Pemilik kedai makan kesal terima ulasan negatif 3 kali sebab customer terjumpa rambut dalam hidangan, tetapi...


Viral di media sosial kisah seorang pengusaha kedai makan mendapat ulasan negatif berkali-kali yang dimuat naik oleh seorang pelanggannya. Pelanggan berkenaan mendakwa, dia menemui helaian rambut di dalam hidangan yang dipesannya. 


"Ada rambut tu, eeeeww! Menjijikkan! Kenapalah tak ikat rambut tu dulu sebelum masak? Teruk betul," tulis pelanggan tersebut. 


Pengusaha kedai makan itu yang dikenali sebagai Supriyadi Hadi, kemudian berkongsikan pengalamannya menerima ulasan tersebut di media sosial. Dia tidak menolak kemungkinan individu itu cuba menjatuhkan imej gerainya. 


Dalam pada itu juga, Supriyadi juga menafikan dakwaan pelanggannya dengan memuat naik gambar tukang masaknya. Rupa-rupanya, tukang masaknya tidak mempunyai rambut atau kata lainnya, botak. Jadi, tidak mungkin ada rambut yang jatuh ke dalam hidangan. 


"Nampak jelas dan sengaja nak menjatuhkan perniagaan saya. Order tiga kali, diberi satu bintang. Tiga kali juga diberi ulasan yang sama kononnya ada rambut," tulis Supriyadi pada kapsyen gambar. 


"Sedangkan tukang masak aku tak ada rambut, a.k.a botak," ujarnya. 



Sumber: Tribun News



from The Reporter https://ift.tt/3qSkzCx
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3nuXnbx
via IFTTT

'Sarapan pagi percuma untuk murid tiada peruntukan, tetapi RM100 juta untuk MP Pekan ada pula duit?!' - Maszlee selar Putrajaya


Program Sarapan Pagi (PSP) fasa pertama telah mula dilaksanakan pada 20 Januari 2020 yang membabitkan 100 buah sekolah dari seluruh negara dengan 37,000 murid dan 1,600 guru bertugas setiap hari. Kos pelaksanaan fasa pertama program itu telah dianggarkan sebanyak RM22 juta.


Program ini telah dicadangkan oleh bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik pada Ogos tahun 2019, untuk 2.7 juta murid mendapatkan makanan berkhasiat sebelum bermulanya sesi pembelajaran. Bagaimanapun akibat kekangan kewangan program itu hanya meliputi 100 sekolah sahaja.


Program PSP bertujuan menyediakan makanan berkhasiat mengikut nilai kalori dan amalan pemakanan seimbang, bagi memastikan murid mengamalkan pengambilan sarapan, gaya hidup sihat serta merangsang proses tumbesaran dengan lebih baik.


Namun begitu, pelaksanaan program ini tidak lagi dapat diteruskan berikutan tiada peruntukan. Keputusan ini sedikit sebanyak telah memeranjatkan banyak pihak. Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan dan mendakwa masih ramai  pelajar yang memerlukan program seperti itu.


Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik meluahkan rasa kecewanya berhubung pembatalan program tersebut melalui ciapan di Twitter. Maszlee akui dia juga terkejut dengan peruntukan yang dipertimbangkan pula sebaliknya kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 


“Sarapan pagi percuma untuk murid-murid sekolah rendah tiada peruntukan, tapi untuk MP Pekan ada RM100 juta ada pulak duit? 


“Wahai ibu bapa, anak-anak anda tiada nilai di mata kerajaan hari ini berbanding MP Pekan,” tulis beliau di Twitter.



Beberapa hari lalu, Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Menteri Kewangan, Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan Kabinet menerima permohonan daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan hartanah bernilai RM100 juta di ibu negara.


Tengku Zafrul bagaimanapun, berkata, maklumat berkaitan rumah dan hartanah bernilai RM100 juta tersebut tidak dimasukkan ke dalam Bajet 2022 kerana permohonannya dibuat selepas pembentangan.


Sumber: Maszlee Malik, Astro Awani



from The Reporter https://ift.tt/30CaJu4
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3HBbp3u
via IFTTT

'Kawan saya dirogol 2 jantan s**** ni guna dadah' - Gadis rayu netizen kesan 2 suspek kes rogol rakannya


Seorang wanita membuat pendedahan di Twitter yang mendakwa rakannya telah dirogol oleh dua orang lelaki dan meminta kerjasama dari orang ramai untuk mengenalpasti dua lelaki terbabit untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa.


Menurut wanita berkenaan, dua suspek itu merupakan ‘kaki perempuan’ dan kali terakhir mereka dilihat adalah di Royal Park Hotel. 


“Kawan saya dirogol oleh dua jantan s**l ini. Jika ada sesiapa yang tahu tentang hal ini, tolong tampil berikan maklumat. Cara tak cantiklah bro nak perempuan, kau sumbat dadah macam ni,” katanya dalam ciapan tersebut. 


Difahamkan, mangsa telah diberikan sejenis dadah yang dicampurkan dalam botol minuman. Dua suspek terbabit secara tiba-tiba datang ke mejanya lalu diberikan botol air tersebut. Sebaik saja mangsa tersedar, dia mendapati dirinya berada di sebuah rumah. 


Bagaimanapun, rakan mangsa meminta orang ramai tidak menyalahkan rakannya kerana dua suspek terbabit sememangnya bermasalah. 


“Mohon jangan salahkkan mangsa. Dua lelaki itu yang bermasalah. Mereka datang ke meja mangsa secara tiba-tiba dan diberikan air. Tahu-tahu dah sampai ke rumah (dibawa suspek). Mangsa kata, suspek sudah siap berkemban. 



“Nama gelaran lelaki itu Sham dan Ryan. Saya tidak kenal siapa mereka tetapi kalau saya sendiri tak dapat (tangkap) mereka, Allah itu Maha Adil. Ya, mungkin saya terlalu beria, tetapi kawan saya tiada sesiapa di sini. Saya bertanggungjawab menjaga dia. 


“Oh ya, saya memang tidak berada di tempat kejadian tetapi saya tahu cerita keseluruhannya. Tiada sesiapa yang bawa dia pergi buat laporan polis. Saya yang suruh dia buat laporan polis. Saya menghubungi salah seorang inspektor polis yang pernah membantu saya yang katanya saya boleh tolong mangsa. Jadi saya bawa dia pergi ke balai dan harap dapat membantu. Kes rogol bukan perkara main-main,” tegasnya.


Walaupun identiti mangsa tidak didedahkan kerana bimbang akan keselamatannya dan menjaga aibnya, pengadu amat berharap ada pihak yang tampil membantu mengesan dua suspek berkenaan. 


Sumber: Nurrul Natasha




from The Reporter https://ift.tt/3p0TvPd
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3kSjGpJ
via IFTTT

Dah bayar RM2,500 tapi 6 bulan masih belum bertemu jodoh, penjawat awam serang staff wanita dalam lif


Hasrat mencari jodoh melalui sebuah laman web menemui kegagalan, mengundang seorang detektif koperal bertindak memukul wanita berusia 34 tahun di Jalan 2 Chan Low Lin, pada Selasa lalu. 


Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, suspek berusia 35 tahun sebelum itu datang ke pejabat mangsa yang juga merupakan pegawai khidmat pelanggan syarikat mencari jodoh tersebut dan dikatakan berlaku perselisihan faham di antara mereka. 


Difahamkan, suspek telah membuat pembayaran sebanyak RM2,500 kepada mangsa, tetapi malangnya tiada calon jodoh yang ditemuinya dalam tempoh enam bulan. 


Suspek kemudian menyalahkan mangsa dan membawanya ke lif lalu diserang sehingga mengalami kecederaan dan pendarahan di bahagian kepala. 


Mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) sebelum membuat laporan polis. 


Bertindak di atas laporan itu,anggota terbabit telah dipindahkan tugas ke bahagian pentadbiran, sementara siasatan lanjut sedang dijalankan. 



"Susulan kes ini, kami mengambil tindakan serta-merta dengan memindahkan anggota terbabit dari tugas sebagai detektif kepada tugas pentadbiran sementara siasatan lanjut dijalankan oleh pihak polis Kuala Lumpur. 


"Selain siasatan dari segi pelakuan jenayah, siasatan dari segi tatatertib turut dijalankan terhadap anggota terbabit," katanya. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/30NQ9Xo
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3FvWIg5
via IFTTT

Thursday, 18 November 2021

Gomen luluskan 7 projek atasi masalah banjir di Melaka bernilai RM600 juta


Sebanyak tujuh projek besar bagi mengatasi masalah banjir di negeri Melaka telah diluluskan di peringkat kerajaan pusat, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man.


Tuan Ibrahim berkata projek itu melibatkan projek naik taraf kolam tebatan banjir di Krubong yang bernilai RM600 juta.


“Projek lain ialah projek tebatan banjir di Alor Gajah Fasa 1 dengan peruntukan RM30 juta, RTB (Rancangan Tebatan Banjir) Sungai Duyong (RM163 juta), RTB Jasin dengan peruntukan RM60 juta dan RTB Sungai Melaka Fasa 1 sebanyak RM40 juta diperuntukkan.


“Ini tanggungjawab kita sebagai keraaan pusat, semua senarai projek ini telah kita sahkan dalam Parlimen yang sebahagiannya sedang berjalan dan yang lain dalam peringkat proses pelaksanaan yang lain,” katanya dalam rancangan ceramah PRN Melaka bersamanya selaku timbalan presiden PAS yang disiarkan dalam Facebook Melaka Update malam tadi.


Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata lapan calon parti itu yang dipilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu ini telah melalui tapisan yang ketat bagi memastikan integriti mereka apabila bergelar wakil rakyat kelak.


PRN Melaka menyaksikan PAS bertanding di lapan kerusi di bawah Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu (15 kerusi) dan Gerakan pula sebanyak lima kerusi.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/3Cu82Y3
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3qRHqhy
via IFTTT

(Video) 'Alita dah kaku di dalam kolam' - Budak lemas dalam kolam depan rumah, sempat diselamatkan ibunya


Boleh dikatakan hampir kesemua setiap isi rumah mempunyai kolam renang. Tidak kiralah kolam buatan sendiri atau kolam yang dibeli. Kanak-kanak sudah pastinya paling teruja apabila bermain di dalam kolam. Tetapi dalam keterujaan itu, sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa memantau aktiviti anak-anak supaya sentiasa berada dalam keadaan selamat.


Seorang bapa berkongsikan detik cemas apabila anaknya lemas di dalam kolam yang diletakkan di depan rumah. Bapa ini juga berkongsikan kronologi bagaimana anaknya jatuh ke dalam kolam tersebut.


“Ini video dan kronologi apa yang berlaku kepada keluarga kami dalam tempoh 24 yang lepas, harap jadi iktibar kepada ibu bapa yang lain.


“(Video) Jam 3:20 petang anak bongsu kami Alita Raysha lemas dalam kolam ketika bermain. Dia telah ambil kerusi dari belakang rumah dan panjat penghadang,” katanya.



Bagaimanapun, nasib menyebelahi anak kecil ini apabila abangnya kebetulan lalu di situ dan terkejut melihat keadaan adiknya sebelum segera memanggil ibu mereka. 


“Kemudian kebetulan abangnya lalu dan nampak Alita kaku di dalam kolam. Abangnya panggil saya dan isteri. Isteri saya cepat-cepat angkat Alita yang dah kaku dari kolam.


“Isteri saya, seorang bekas jururawat di PPUM, yang selayaknya digelar Super Mom Atikah Mohd Ramzan dengan tenang melakukan CPR keatas anaknya sendiri yang dah tak bergerak masa tu.


“Badan Alita dah keras dan membulat masa buat CPR tu, tiada respon apa-apa langsung. Memang dah terasa seperti kehilangan anak kami masa tu.”


Setelah melakukan CPR, Alita mula sedar dan mereka terus menghantar Alita ke hospital untuk rawatan lanjut.


“Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T setelah lakukan CPR dengan sabar sambil memanggil-manggil nama anak kami tanpa mengalah, Alita kemudian merengek dengan sangat perlahan. Anak kami telah kembali kepada kami 5 minit selepas lakukan CPR. Kami terus hantar ke Jabatan Kecemasan HRPB.”


Mereka sekali lagi diuji apabila Alita diserang sawan pula dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik.


“Ketika di Jabatan Kecemasan, setelah stabil anak kami dihantar ke PHDU, namun malam itu jam 10 malam, Alita diserang sawan yang memberi isyarat mungkin ada gangguan pada otak akibat terputus oksigen seketika pada insiden petang tadi.


“Pada jam 10:30 malam, doktor telah memindahkan anak kami ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik untuk pemerhatian rapi. Alhamdulillah, (gambar) pagi ini Alita telah sembuh sepenuhnya dan menunggu tempoh 24 jam untuk discharge. 


“Kami jadikan ini pengajaran dan pengalaman betapa pentingnya pengetahuan CPR. Tanpa tindakan pantas isteri saya semalam, kami mungkin kehilangan anak kami selama-lamanya. Dan menghabiskan baki usia kami dengan penyesalan yang tak berkesudahan. Tak dapat malah tak sanggup kami bayangkan.


“Kami juga jadikan ini pengajaran kepada kami yang mana setinggi mana penghadang sekalipun, anak tetap boleh ambil kerusi dan panjat. Pengawasan maksima keatas anak-anak sentiasa diperlukan.


“Kolam itu tujuannya adalah untuk mengajar anak kami pengetahuan berenang dan apungkan badan dalam air ketika kecemasan. Dua orang kakak dan abangnya dah pandai, tapi Alita belum habis belajar lagi.


“Harini kami ambil keputusan untuk simpan kolam ini, cuma mungkin pasang kemudian apabila anak dah betul-betul dewasa nanti. Mungkin juga tidak pasang terus.


“Saya naikkan video ini hari ini agar menjadi pengajaran kepada yang lain untuk sentiasa berhati-hati. 5 minit sudah cukup untuk insiden seperti ini berlaku.


“Hari ini, anak kami telah dikeluarkan dari ICU dan mungkin akan discharge sepenuhnya dalam tempoh 24 jam.  Alhamdulillah. Semuanya selesai. Terima kasih kepada yang mendoakan. 


“Terima kasih juga kepada Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi HRPB yang memberi layanan terbaik kepada anak kami dan anak-anak kecil yang lain. Hanya Tuhan dapat membalas jasa baik kalian.


“Semoga apa yang berlaku pada kami ini akan menjadi pengajaran pada ibu bapa yang lain juga. Anak adalah rezeki dan juga tanggungjawab. Jagalah sebaiknya, “katanya.


Semoga perkongsian daripada lelaki ini juga memberi iktibar kepada ibu bapa di luar sana untuk sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak. Walupun hanya di rumah, seharusnya kita tidak leka dengan isu keselamatan terutama pada anak-anak kecil.


Sumber:  Abdul Rahim




from The Reporter https://ift.tt/3HAyvas
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3qPa1UT
via IFTTT

'Area KLCC ni memang tempat Karen suka² jalan tak pakai mask?' - Netizen dah mula geram, gesa pihak berkuasa ambil tindakan tegas


Beberapa minggu lalu, tular seorang wanita warga asing yang dikenali sebagai Karen enggan memakai pelitup muka ketika berkunjung di sebuah butik mewah di pusat beli-belah terkenal dan telah dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM3,000 berikutan melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.


Tidak serik dengan kesalahan, wanita ini sekali lagi mencetuskan kemarahan netizen apabila tular gambar Karen dan seorang rakannya bersiar-siar di sekitar taman KLCC tanpa memakai pelitup muka. Gambar tersebut telah dimuat naik oleh netizen di Twitter.


“So, Karen je tak payah pakai mask ke? Wow! I’m so angry because i am local and follow the rules but this mofo can simply walk without mask? This is too much! Memang area KLCC ni tempat sarang Karen suka-suka tak pakai mask ke? Mana undang-undang? Wajarkah aku marah?


Menurut wanita ini, ketika dia sedang berjalan bersama anaknya di tempat itu, dia telah diberi amaran oleh polis yang melarangnya untuk membuka pelitup muka walaupun seketika.


“Aku marah sebab haritu, semasa aku strolling dengan anak aku pergi fountain dekat KLCC Park. Weekdays, tiada orang, kosong so aku bukak mask nak selfie ambik gambar dengan anak aku. Then datang polis tiup wisel dia cakap aku sini tak boleh buka mask. Nak ambik gambar pun kena pakai mask! Habis ‘Karen’ tadi tu takpa?


“Aku lepas dia cakap tak boleh aku faham je ikut jela if memang tak boleh… habis yang Karen tadi selamba pusing-pusing park okay je?” tulisnya di Twitter sambil memetik nama Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin.


Berikutan dengan isu ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi telah mengeluarkan satu kenyataan media.


“Hasil penelitian ke atas gambar yang dimuat naik menunjukkan wanita bukan warganegara dilihat sedang berjalan kaki dengan tidak memakai pelitup muka di laluan pejalan kaki Taman KLCC, Kuala Lumpur.


“Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi telah membuka satu satu kertas siasatan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan Pelan Pemulihan Negara 2021.)


“Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi SOP yang sedang berkuatkuasa dan tindakan di bawah peruntukan undang-undang akan diambil jika berlaku ketidakpatuhan,” kata ACP Noor Dellhan Yahaya.


Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pula akan membatalkan pas dan kemudahan Imigresen yang diberikan kepada warganegara asing yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).


"Mereka juga akan diusir pulang ke negara asal dan disenarai hitamkan dari memasuki negara ini semula, sepertimana yang diperuntukkan di dalam Seksyen 8 dan Seksyen 9 Akta Imigresen 1959/63.


"JIM juga mengingatkan warga tempatan yang menjadi penaja atau majikan kepada warganegara asing supaya lebih bertanggungjawab dalam memastikan warga asing ini patuh kepada arahan dan undang-undang negara ini," kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.


Sumber: Utusan Malaysia, Amma Llama, Mohd Redzuan Abdul Manap, Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3cuk0qm
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3oLtpPZ
via IFTTT

Mas Ermieyati diumumkan sebagai calon Ketua Menteri Melaka

Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin diumumkan sebagai calon Ketua Menteri daripada Perikatan Nasional (PN) jika parti itu memperoleh mandat rakyat untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.


Pencalonan Mas Ermieyati yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) diumumkan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di Ibu Pejabat PN di sini, hari ini.


"Ini saya kira pertama kali dalam sejarah negara seorang wanita yang berkelayakan tinggi, profesional, muda, mempunyai banyak pengalaman ditawarkan sebagai calon ketua menteri.



"Saya pun tahu tak pernah ada di negara kita tetapi terbukti PN sentiasa memberikan peluang kepada sesiapa sahaja tidak kira jantina, baik lelaki atau wanita untuk memegang jawatan-jawatan penting seperti ini," katanya.


PN bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Melaka 20 November ini dengan parti komponennya Bersatu bertanding di 15 kerusi manakala PAS lapan, dan Gerakan lima.


Mas Ermieyati, 45, bertanding dalam persaingan tiga penjuru di DUN Tanjung Bidara menentang Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh daripada BN, dan Zainal Hassan Pakatan Harapan (PH).


Muhyiddin berkata pemilihan Mas Ermieyati sebagai calon ketua menteri disebabkan rekod prestasi beliau sebagai pemimpin yang bersih, terkenal dengan sikap mesra dan peramah dalam kalangan masyarakat tempatan selain berpengalaman dalam politik.


"Saya pun dah turun gelanggang di bawah saya dapati pengundi-pengundi Melaka cukup luas pengetahuan politik, mahukan seorang pemimpin berwibawa, mereka tak sebut lelaki atau wanita, mereka nak pemimpin yang bersih, yang boleh buat kerja, 'track record' (rekod prestasi) ni ada pada Datuk Mas (Ermieyati)," katanya.


Dalam pada itu, Muhyiddin berkata Mas Ermieyati perlu meletak jawatan sebagai timbalan menteri sekiranya dilantik sebagai ketua menteri.



"Sekiranya sudah terpilih sebagai ketua menteri, dia kena letak jawatan, dia tak boleh pegang dua jawatan dalam kerajaan Pusat dan Negeri," kata Muhyiddin.


Sementara itu, Mas Ermieyati menzahirkan penghargaan kepada pucuk pimpinan parti kerana menamakan beliau sebagai calon ketua menteri.


"Walaupun hanya calon tetapi saya membawa satu tanggungjawab besar untuk Pilihan Raya Negeri ini," katanya.


Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada Sabtu ini selepas pembubaran DUN pada 4 Oktober lalu, susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/3wYvwDG
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3nqmCvB
via IFTTT

Jilat jari wanita di kedai vape, anggota tentera akan didakwa di mahkamah esok


Seorang anggota tentera yang ditahan kerana disyaki mencabul kehormatan seorang pekerja wanita di sebuah kedai vape di Taman Keramat di Kuala Lumpur pada 7 Okt lepas, akan dituduh di Mahkamah Majistret Ampang, pagi esok.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata lelaki berusia 26 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.


"Polis telah mendapat kebenaran daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa suspek dan dia akan dituduh esok,“ katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya Kuala Lumpur hari ini.


Pada 5 Okt lepas, mangsa yang berusia 18 tahun telah didatangi seorang lelaki berpakaian tentera mahu membeli barangan vape di kedai itu.


Lelaki berkenaan keluar dari kedai selepas selesai membeli barangan vape namun masuk semula ke kedai berkenaan.


Ketika mangsa menyerahkan pod vape kepada lelaki itu, lelaki berkenaan dipercayai mengambil kesempatan memegang tangan mangsa dan kemudian turut menjilat jari mangsa.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/3qOy1Y5
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3nqmCf5
via IFTTT

Miliki 5 rekod jenayah lampau, polis tahan ibu saudara mangsa terjatuh dari tingkat 16


Polis menahan ibu saudara kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Selayang, Kuala Lumpur semalam.


Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata wanita berumur 36 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan.


Zainal berkata suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dengan dadah.


“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(5b) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu dengan cuai menyebabkan kematian kepada kanak-kanak.


“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini bagi tujuan permohonan reman,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Zainal Mohamed berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohd Nizar Adnan di talian 03-61262222/013-9961892.


Semalam, kejadian tragis itu berlaku pada kira-kira 10.30 pagi, apabila ibu saudaranya sedar mengenai kehilangan anak saudaranya itu, selepas didapati tiada di dalam biliknya.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/3CucwOH
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3Du8uan
via IFTTT

Wednesday, 17 November 2021

Mangsa dipercayai memanjat katil di tepi tingkap sebelum terjatuh dari tingkat 16 - Polis


Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut akibat terjatuh dari tingkat 16 kondominium di Batu Caves hari ini dipercayai memanjat katil di tepi tingkap. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, sebelum kejadian ibu mangsa yang merupakan ibu tunggal keluar rumah dan mangsa ditinggalkan bersama adik lelaki berusia empat tahun di bawah jagaan ibu saudara mereka berusia 36 tahun. 


Pemeriksaan mendapati, tingkap kediaman tidak dipasang jeriji dan mangsa dipercayai bermain dan memanjat sebuah katil yang berada di tepi tingkap. 


"Kita percaya mangsa terjatuh dari tingkap itu," katanya. 


Kes itu disiasat di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001. Siasatan sedang dijalankan sama ada kes itu membabitkan kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak. 


Dalam laporan sebelum ini, ibu saudara mangsa, Fauziah Hanum Cik Ros, berkata dia beradad di bilik mandi. Selesai membersihkan diri, dia mendapati mangsa tiada di dalam bilik lalu menghubungi ibu mangsa yang kemudian memaklumkan kanak-kanak itu berada di tingkat dua. 


Sumber: Harian Metro


LAPORAN BERKAITAN

Budak 5 tahun maut terjatuh dari tingkat 16 kondominium di Batu Caves, Gombak



from The Reporter https://ift.tt/3wV7U2C
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3nniCMe
via IFTTT

'Orang sebarkan gambar itu cuba nak burukkan nama saya' - Baby Shima nafi bermesra, tetapi adegan untuk muzik video lagu Lalai


Susulan tersebar gambar penyanyi dangdut Baby Shima atau nama sebenar Nor Ashima Ramli, 28, seperti sedang mencium seorang lelaki di pusat hiburan, dia sekali lagi tampil menafikan dakwaan kononnya itu semua hanyalah gimik. 


Jelas Shima, apa yang berlaku pada ketika itu sebenarnya adalah salah satu babak dalam penggambaran muzik video baharunya yang berjudul Lalai. 


Baca: 'Saya akui itu memang saya, tak perlu tahu siapa lelaki itu' - Baby Shima tampil beri penjelasan mengenai gambar viral


"Buat apa saya nak buat gimik macam itu untuk memalukan diri sendiri? Pastinya saya tidak memilih cara itu untuk mencapai populariti. Bila saya tengok komen-komen, semuanya menulis komen seolah-olah percaya tanpa tahu perkara sebenar. 


"Saya nak minta maaf mengenai gambar yang tersebar itu. Saya pun tak tahu datang dari mana. Mungkin orang yang sebarkan itu cuba nak memburukkan nama saya. 


"Saya percaya orang ini mahu menjatuhkan dan memalukan saya serta membuat orang benci lagi pada saya. Saya tahu tujuannya itu dan mungkin dia rasa puas apabila berjaya buat begini," katanya. 


Petang tadi, Shima menafikan dakwaan bermesra dengan lelaki di dalam gambar tersebar itu dan enggan mendedahkan identiti lelaki terbabit yang menurutnya tiada kepentingan untuk berbuat demikian. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3wSCh9W
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3oFIkLg
via IFTTT

'Anak saya tak nak belajar, tengok telefon saja' - Bapa pukul anak didenda RM4,000


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengenakan denda RM4,000 terhadap seorang bapa yang memukul anak perempuannya sehingga lebam.


Hakim Mahyon Talib menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 39 tahun itu mengaku bersalah atas perbuatannya itu yang dilakukan pada jam 12 tengah hari, 8 November 2021, di rumahnya di Setapak. 


Tertuduh turut diperintahkan menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar jumlah denda yang dikenakan. 


Mengikut pertuduhan, tertuduh mengetuk kaki kira anak perempuannya berusia 10 tahun 11 bulan, memukul kepalanya dengan penyapu sehingga melecet serta memulas tangannya ke belakang sehingga lebam. 


Apabila ditanya mengapa tertuduh berbuat demikian, dia menjawab, "Anak saya tak nak belajar, tengok telefon sahaja". 


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-dua sekali. 


Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Khaliq Nazeri sebelum itu memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara terhadap tertuduh kerana sebagai seorang bapa, dia sepatutnya melindungi anaknya, bukan mencederakannya. 


Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan hukuman denda dengan alasan sudah insaf serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu lagi. 


"Isteri saya sudah meninggalkan saya, jadi saya yang perlu menjaga anak serta ibu bapa saya," katanya. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3cjVAiW
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2YVJwBF
via IFTTT
loading...