Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun menembak mati pencuri yang bersenjata memecah masuk ke rumah keluarganya di Louisiana dan menyerang ibunya minggu lalu.
Kejadian yang berlaku pada jam 7.20 pagi, 20 Jun 2021 di Winchester Lane, suspek, Brad LeBlanc, 32, mendekati mangsa wanita yang berada di luar rumahnya pada ketika itu, lalu bergelut sebelum memaksanya masuk ke dalam rumah.
Anak mangsa yang tidak didedahkan identitinya ternampak kejadian itu mula bimbang akan keselamatan ibunya, bertindak menembak LeBlanc menggunakan senapang pemburu. Akibatnya, suspek meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.
Sheriff Jeffrey Travis berkata, pihaknya tidak mempunyai bukti pada masa ini untuk menahan kanak-kanak itu dan juga tidak merancang untuk mengenakan sebarang pendakwaan.
Namun Pendakwa Raya Daerah akan membuat penilaian sama ada tindakan kanak-kanak itu menembak mati suspek boleh dikecualikan dari undang-undang, selepas pejabat Sheriff melengkapkan siasatannya.
Sementara itu, seorang lelaki bernama Johnathon Barker, ditahan kerana dipercayai merupakan dalang kepada kes pecah rumah itu. Johnathon sebelum ini pernah didakwa atas tuduhan membunuh tahap dua, pecah rumah dan menculik.
Menurut Travis, Johnathon tidak dituduh secara langsung membunuh LeBlanc, tetapi akan dituduh kerana penglibatannya dalam kes itu yang menyebabkan kematian LeBlanc.
Semakan rekod juga mendapati, LeBlanc, bapa kedua dua anak lelaki itu memiliki sejarah jenayah di Louisiana yang membabitkan tuduhan membuat dadah, memiliki dadah, mencuri, dan menceroboh kawasan persendirian.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/2UEj1xY
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3hUkW9H
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment