Polis menahan seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun kerana disyaki merogol kambing ternakan penduduk kampung, sehingga mati dalam kejadian yang berlaku di Kampung Sungai Buaya, Serendah, Hulu Selangor.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan dari pemilik kambing yang memaklumkan haiwan ternakannya mengeluarkan bunyi pelik sebelum ternampak suspek yang dikenalinya melarikan diri dalam keadaan separuh bogel kira-kira jam 1.30 tengah hari.
Wanita berusia 45 tahun itu kemudian mendapati kambing ternakannya sudah tidak bernyawa, lalu membuat laporan polis.
Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek di sebuah kawasan semak di Jalan Tengah, Kampung Sungai Buaya pada jam 10.50 pagi semalam. Semakan mendapati, suspek memiliki rekod jenayah lampau yang berkaitan dengan kes jenayah.
Sementara itu, Unit Forensik Selangor dan Jabatan Veterinar Kuala Kubu Bharu menjalankan siasatan di lokasi kejadian. Kambing yang mati itu dihantar ke makmal Jabatan Veterinar untuk dibedah siasat.
Dengan penahanan suspek, polis percaya kes tersebut telah diselesaikan dan sekali gus dapat mengurangkan kegusaran masyarakat setempat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan dan Seksyen 289 Kanun Keseksaan. Suspek direman selama tujuh hari dan bakal berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda atau sebatan jika sabit kesalahan. Suspek juga boleh dipenjara atas perbuatannya menganiaya haiwan tersebut yang memperuntukkan hukuman penjara hingga enam bulan, denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Sumber: MalaysiaKini, Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3i9OGAI
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3iarqCu
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment