loading...

Monday, 5 July 2021

(Video) 'Kita bukan merompak tau?! Kita bagi wang tau?!' - 18 individu termasuk ADUN Tras ditahan kerana halang JPNP musnahkan pokok durian ditanam secara haram di hutan simpan


3 Julai 2021, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mula melaksanakan operasi memusnahkan kebun durian Musang King seluas 101 hektar yang ditanam secara haram di Hutan Simpan Batu Talam, Raub. Operasi tersebut dilaksanakan sehingga bulan depan yang membabitkan pelbagai agensi itu juga membuat rondaan dan tangkapan terhadap mereka yang memasuki hutan simpan tanpa kebenaran. 


"Operasi ini dilakukan untuk memusnahkan pokok durian yang ditanam secara haram dan menahan individu atau pekebun yang memasuki hutan simpan kekal tanpa izin. Jabatan akan merampas semua kenderaan dan barang yang ditemukan dalam kawasan hutan simpan. 


Tindakan JPNP itu menimbulkan kemarahan sekumpulan individu disyaki pekebun dan pekerja, datang ke lokasi dengan niat menimbulkan provokasi serta menghalang penjawat awam yang sedang bertugas. 



Tidak terkecuali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui, datang bersama beberapa pekebun ke kawasan itu untuk mempertahankan hak kumpulan tersebut yang kononnya mempunyai surat mahkamah bagi menghalang tindakan JPNP. 



Difahamkan, kira-kira 20 pekebun yang mengusahakan tanaman durian Musang King di kawasan larangan itu sejak 10 tahun lalu dan kini mengalami kerugian apabila hasil pokok itu tidak dapat dijual. 


Akibatnya, ADUN Tras dan 18 lagi individu terbabit ditahan kerana menceroboh kawasan hutan simpan dan mengganggu pasukan penguat kuasa JPNP yang sedang menjalankan operasi membersihkan ladang haram. 


ADUN Tras telah dibebaskan malam tadi dengan jaminan polis. Sementara 18 individu terbabit termasuk seorang wanita direman selama dua hari untuk siasatan mengikut Seksyen 187 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman bagaimanapun berkata, kesemua mereka tela hdibebaskan dengan jaminan polis, semalam. 


JPNP telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara 1984 kerana memasuki kawasan hutan simpan tanpa kebenaran. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3wgD0jp
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2TEtTMf
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...