Tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp gambar seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditahan di wad hospital kerana cuba menggantung diri ekoran mengalami tekanan disebabkan Pembelajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Menurut sumber lagi, mangsa selalu dimarahi oleh ibu bapanya. Selain itu, dia perlu menjaga adiknya yang masih kecil.
"Budak Darjah 6, kes di Bukit Katil. Tekanan PdPR. Kat rumah kena jaga adik kecik, mak ayah asyik marah-marah dia. Last-last cuba gantung diri kat pokok depan rumah. Panjat basikal, gantung diri kat pokok. Pastu dia sepak basikal jauh-jauh. Kaki dah kejang, mulut dah berbuih dan terkencing. Nasib baik abang Food Panda lalu, tolong budak tu," kata sumber.
Bagaimanapun dakwaan itu disangkal Polis Melaka susulan pihaknya menerima laporan dari seorang lelaki berusia 40 tahun, bapa kepada mangsa pada petang tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanir Ahmad berkata, bapa mangsa yang membuat laporan di Balai Polis Bukit Baru menjelaskan gambar yang tular di media sosial itu adalah dirakam oleh dirinya.
Dalam pada itu juga, dia memberitahu anak lelakinya ditahan di wad hospital kerana terjatuh daripada buaian di hadapan rumah. Bukannya kerana mengalami tekanan PdPR seperti yang tersebar di media sosial.
Sementara itu, bapa mangsa meminta orang ramai mendoakan anaknya kembali sihat seperti sediakala. Dia menyesal dengan apa yang telah berlaku di atas kelalaian dan kecuaiannya.
"Mohon doakan anak saya kembali sihat seperti sediakala, sekarang di zon merah. Allahuakbar, bagilah kekuatan pada kami hambamu yang lemah. Abah, ibu, kakak dan adik-adik semua tunggu awak sayang Aidil.
"Abah minta ampun dan maaf di atas kelalaian dan kecuaian abah. Nanti dah sihat, abah janji tak marah-marah lagi. Abah sayang awak dunia akhirat," katanya.
Sumber: Harian Metro, FB Bapa Mangsa
from The Reporter https://ift.tt/3hTtQUN
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3hPbdkY
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment