Video tular yang menunjukkan Dato' Seri Vida membuat teguran berhubung isu golongan terjejas usah mengharapkan bantuan dengan menaikkan bendera putih, mengundang banyak perhatian netizen.
Turut memberikan respon, seorang wanita yang dikenali sebagai Geetha melalui akaun TikTok menegur usahawan berkenaan untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menambahkan lagi tekanan golongan tersebut.
"Tak salah nak suruh orang berusaha tetapi tengok situasi la Dato'. Orang dah desperate Dato'. Tengok cara Dato' bercakap, sarkastiknya... Saya kalau orang tunjuk tangan macam tu (menghalau) ui, sentap Dato'.
"Dato' kalau bab anak, faham kot macam mana perasaan orang (susah). Jangan disebabkan kenyataan Dato', bertambah lagi kes bunuh diri.
"Lepas itu saya tengok pula Dato' balas video, saya ingatkan lepas orang komen-komen bawah tu (ruangan komen), mungkin Dato' rasa tersilap cakap ke, nak minta maaf ke. Ini tak, boleh pula kata salah ke cakap macam tu.
"Takpelah Dato', macam ni lah. Dato' tak nak bagi bantuan tak apa, tak payah komen apa-apa. Biarlah, orang nak susah ke apa ke, lantak rakyat. Dato' dah senang, barang kemas punya besar-besar gila tu, Dato' enjoy your life, be happy with your children. Biarkan, tak payah komen apa-apa, tak payah nak suruh usaha-usaha.
Dato' lupa kot selama ini Dato' senang senang ni siapa yang sokong Dato'? Netizen juga kan. Tak salah pun nak minta bantuan. Memanglah bantuan sementara saja, bukannya dia minta bagi bantuan sepanjang hayat. Untuk satu dua bulan saja. Bukan minta apa pun, bukan minta pinjam RM10,000 pun. Bukan minta cincin pun, minta bantuan susu dan pampers je. Itu pun salah?" katanya.
Bagaimanapun Geetha memohon maaf kepada Dato' seandainya terkesan dengan responnya itu dan sedar dirinya 'orang kecil' sahaja. Namun sempat menitipkan pesanan bahawa Tuhan boleh menarik semula rezeki itu pada bila-bila masa.
Sumber: TikTok @Geethaji1
from The Reporter https://ift.tt/3yIn4Ik
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3wCCxIu
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment