Seorang lelaki digigit ular sawa milik jiran di bahagian kemaluannya, selepas ular itu terlepas dan melarikan diri melalui longkang yang kemudian muncul di tandasnya.
Mangsa berusia 65 tahun dari Graz, Austria, cedera digigit haiwan reptilia itu pada jam 6 pagi Isnin lalu ketika dia pergi ke tandas di kediamannya.
Menurut polis, mangsa baru saja melabuhkan punggung di mangkuk tandas dan tiba-tiba kemaluannya terasa seperti digigit sesuai sebelum mendapati ada seekor ular albino berukuran panjang lima kaki sedang melihatnya.
Panik dengan penemuan itu, mangsa terus menghubungi pakar reptilia tempatan untuk datang mengeluarkan ular itu dari tempat persembunyiannya. Sementara itu, mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami kecederaan ringan.
Pakar perubatan berkata, mangsa bernasib baik kerana ular sawa tidak berbisa. Tetapi luka dari gigitan haiwan itu boleh dijangkiti bakteria di tandas.
Ular sawa tersebut tidak mengalami kecederaan dan setelah dibersihkan, haiwan itu dikembalikan kepada pemiliknya yang berusia 24 tahun.
Menurut pemilik reptilia itu, dia tidak menyedari haiwan belaannya itu melarikan diri sehingga polis datang menyerahkannya. Dia juga tidak pasti bagaimana haiwan itu berjaya meloloskan diri.
Polis berkata, pemilik ular itu telah dirujuk kepada pendakwa raya kerana cuai dan menyebabkan kecederaan kepada orang lain. Namun tidak jelas sama ada dia akan didakwa.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/3qLcJZu
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3ysC39i
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment