Seorang warga emas berusia 72 tahun maut selepas ditikam oleh anak saudaranya sendiri menggunakan pisau sepanjang 27 sentimeter.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat berkata, kejadian itu diberlaku di Kampung Serom 3, Sungai Mati, semalam dalam jam 11.15 pagi.
Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian muka, kepala dan badan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan di Sungai Mati. Ketika kejadian, terdapat tiga lagi individu saudara terdekat tetapi tidak mampu berbuat apa-apa.
Siasatan awal mendapati, mangsa selalu menasihati suspek yang tinggal bersama dengannya sejak dari kecil, untuk mencari kerja dan bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri.
Semakan rekod menunjukkan suspek yang baru dibebaskan dari penjara pada Januari 2021, memiliki enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah, cabul dan kekerasan jenayah.
Polis masih menunggu laporan hasil bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3yPNiZx
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3hADAEF
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment