loading...

Monday, 19 July 2021

'Saya duduk sebumbung dengan madu, tetapi dia fitnah saya guna bomoh sampai suami lafazkan cerai'


Salam, tumpang tanya. Ada tak kes perceraian yang berlaku seperti yang saya alami? Saya isteri kedua, saya mengaku silap saya menyebabkan suami terlalu cemburu sehingga membuatkan dia menuduh saya curang terhadapnya. Sedangkan saya hanya menjalankan tanggungjawab dan menjaga penampilan diri untuk dia. 


Kes saya begini, akhir tahun 2020 suami pernah melafazkan cerai kali pertama menggunakan SMS dan lafaz rujuk melalui sebutan, tanpa daftar di mahkamah. Kes kedua, awal tahun 2021, suami melafaz cerai kali kedua menggunakan SMS dan lafaz rujuk melalui sebutan tanpa daftar di mahkamah. Dan awal tahun 2021, suami melafazkan secara terang dan jelas di hadapan saya "Aku ceraikan kau malam ni" dan suami failkan pengesahan lafaz cerai dan naik bicara. Tetapi hakim belum memberi keputusan dan menyuruh memfailkan pengesahan satu dan dua. 


Soalan saya, memang dah jatuh kan talak atas diri saya? Kalau kira, talak tiga kan? Ada kemungkinan ke talak tak jatuh? Sebab  suami memang sebut lafaz cerai dengan niat. Lagi satu kalau kata hakim dah sahkan talak, boleh ke saya rentas negeri nak balik Sarawak? Sebab keluarga saya di sana. 


Segalanya bermula apabila saya menjadi isteri kedua. Saya berkongsi kasih dengan madu (isteri pertama) dan kami duduk di bawah bumbung yang sama pada awalnya. Madu menerima saya dengan ikhlas. 


Madu saya sangat sibuk dengan kerjayanya. Dia seorang P.A di sebuah syarikat export buah-buahan tempatan. Sedangkan saya pula hanya suri rumah, hanya menguruskan rumah. Selepas membasuh pakaian, mengemas rumah, mengambil anak-anak madu pulang dari sekolah, memasak dan melipat pakaian. 


Saya juga amat mementingkan amalan menjaga kecantikan luaran dan dalaman. Body persis biola, aset saya jadi mantul dan kulit semakin berseri setiap hari. Kulit semakin mulus, pipi kemerah-merahan. Haid tiada masalah, malahan hubungan intim dengan suami juga power seperti malam pertama setiap hari. Pergi ke kedai pun orang pandang tak berkelip mata. Saya tiada niat untuk menarik perhatian orang tetapi saya buat semua ini semata-mata untuk suami saya. 


Tanpa saya sedar, madu saya makan hati malah cemburu teruk terhadap saya gara-gara suami banyak memberi perhatian kepada saya. Sedih sangat, macam-macam fitnah yang dia reka ke atas saya agar suami membenci saya. Yang paling tak dapat diterima akal, madu beritahu suami yang saya pakai susuk sebab itu nampak cantik berseri sehingga menundukkan suami. 


Apa saja makanan yang saya masak untuk dihidangkan kepada family, semuanya dibuang oleh madu. Saya terasa sangat sampai ke hati, mengapa dia tergamak buat macam tu? Salah ke saya menjadi cantik untuk suami? Boleh dikatakan saya dengan suami bertekak setiap hari hanya disebabkan suami risau saya berlaku curang di belakangnya. 


Saya tak tahan sangat, saya nekad untuk bekerja dari duduk di rumah macam bibik. Sebab apa yang saya buat, semuanya serba  tak kena. Ada saja yang hendak dipersoalkan. 


Tanpa pengetahuan saya, madu telah meracuni pemikiran suami dengan pelbagai fitnah kononnya saya guna bomoh untuk menundukkan suami dan sedang bermain kayu tiga bersama kekasih lama. Sedangkan kami tiada hubungan apa-apa dan kebetulan bekas kekasih saya bekerja di satu tempat yang sama.


Dia (bekas kekasih) tahu saya, suami dan madu ada masalah, malah berkali-kali dia mahu berjumpa dengan suami untuk menjelaskan perkara sebenar yang dia tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan saya. Tetapi saya melarang sebab suami pasti akan menjadi lebih bengang jika orang luar campur tangan. Saya hanya mampu berdoa agar Allah SWT menunjukkan jalan penyelesaiannya. 


Sekarang nasi sudah menjadi bubur, perkahwinan saya hanya mampu bertahan selama enam bulan sahaja. Saya bertawakal dan sentiasa mendoakan agar madu saya diberikan hidayah serta dibersihkan hatinya. Saya juga redha sebab awalnya saya juga pernah menjadi yang kedua. 


Oh ya, sebelum terlupa saya ingin kongsikan kepada bekas madu serta wanita-wanita yang membaca luahan ini. Kepada yang inginkan bentuk badan menarik, aset mantap dan menjinakkan suami, boleh WhatsApp laju-laju pada nombor ini (***-***-****). Korang boleh deal sendiri dengan pakar kecantikan itu ya. Tapi yang pasti dia akan guide korang sampai jadi cantik. Tak nak cantik macam saya ke? Pasti suami tak lepas nanti sebab tersangatlah puas hati weh!


Sumber: Kisah Rumah Tangga



from The Reporter https://ift.tt/3ipS9tL
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3wT5v6W
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...