loading...

Friday, 2 July 2021

Chef maut selepas terjatuh dalam periuk besar ketika menyediakan sup untuk majlis perkahwinan


Seorang chef  di Iraq meninggal dunia dalam kemalangan pelik minggu lalu selepas dia terjatuh ke dalam periuk sup dan mengalami luka terbakar yang kritikal di sebahagian besar badannya. 


Chef Issa Ismail sebelum itu sedang membantu menyiapkan jamuan perkahwinan di Dewan Perkahwinan Hazel, di Zakho pada 15 Jun, lapor Gulf News. 


Ketika sedang mengacau sup yang ada di dalam periuk besar, mangsa berusia 25 tahun itu dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam periuk tersebut. 


Bapa kepada tiga anak itu kemudian dikejarkan ke Hospital Dohuk untuk mendapatkan rawatan akibat luka terbakar. Pegawai perubatan mengambil masa beberapa hari untuk menyelamatkannya, namun mangsa disahkan meninggal dunia pada 21 Jun akibat luka terbakar tahap tiga (70 peratus bahagian badan terjejas). 


Kematian tragis chef berkenaan mengejutkan banyak pihak dan ramai yang mula mempertikaikan standard keselamatan yang dikatakan tidak mencukupi di restoran dan dapur negara itu. 


Saudara mangsa, Zervan berkata, Issa telah berkerja sebagai tukangg masak selama lapan tahun dan mempunyai pengalaman memasak untuk majlis perkahwinan dan pelbagai lagi jenis majlis dengan pendapatan 25,000 dinar sehari (RM71). 


Sumber: Gulf News



from The Reporter https://ift.tt/3dCcPgs
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2UnPOHj
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...