Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak Mei lalu menyaksikan masih banyak kenderaan berada di atas jalan raya. Dalam masa yang sama, trend peningkatan kes positif Covid-19 juga mencatatkan peningkatan yang amat ketara.
Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mula menjalankan pemeriksaan lebih ketat terhadap pengguna jalan raya dengan memeriksa rekod aplikasi MySejahtera bagi memastikan sama ada individu itu bergerak atas urusan penting atau tidak.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, "Saya tidak tahu kenapa keadaan ini (banyak kenderaan di jalan raya) berlaku, mungkin (alasan) mereka kata ada urusan penting, tetapi adakah ia benar?
"Jadi, apa yang kita lakukan selepas ini ialah memeriksa rekod tempat yang dilawati di aplikasi MySejahtera secara rawak. Jika apa yang dikatakan individu itu tidak benar, maka pihak berkuasa akan mengambil tindakan," katanya.
Menurut Hamzah, dengan cara melakukan pemeriksaan pada aplikasi MySejahtera pengguna jalan raya dijangkan akan dapat mengurangkan jumlah pergerakan kenderaan.
"Insya-Allah dengan strategi ini, kita doakan segalanya membawa keberkesanan bagi membantu mengurangkan beban rakyat dari segi aspek kesihatan dan keselamatan akibat Covid-19," katanya.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3h9JLix
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/36byFDD
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment