loading...

Tuesday, 6 July 2021

(Video) 'You pangkat apa bising² sini? Tak malu ke?' - Ronnie Liu langgar SOP rentas negeri untuk bekap 18 pekebun haram di Raub, dipanggil polis


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu akan dipanggil polis untuk diambil keterangan berikutan kehadirannya di Kompleks Mahkamah Raub, Pahang, semalam yang jelas sudah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, pihaknya sudah membuka dua kertas siasatan terhadap wakil rakyat Selangor itu dan siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2021. 


"Kami sedang menyiasat sama ada Liu melanggari SOP PKP dan kita sudah menghubunginya untuk hadir ke Balai Polis Raub," katanya. 


Terdahulu, viral video di media sosial yang menunjukkan Ronnie Liu hadir di perkarangan mahkamah ketika 18 pekebun haram ditahan kerana menceroboh Hutan Simpan Kekal Batu Talam, Raub, dibawa untuk mendapatkan perintah reman. 


Ronnie Liu dengan jelas menunjukkan dia tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan oleh pegawai polis yang meminta dia beredar. Malah dengan tanpa segan silu rakan sekutunya turut mempersoalkan siapa yang membayar gaji pegawai polis berkenaan, sedangkan yang membayar gaji wakil rakyat juga adalah menggunakan wang rakyat untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat di kawasannya. 





Di media sosial, majoriti netizen mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Ronnie Liu kerana cuba menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Selain itu, dia juga dikatakan tidak menghormati pegawai polis dan tidak mematuhi SOP penjarakan sosial. 


"Menghalang penjawat awam melakukan tugas, tak ikut SOP dalam penjarakan, provokasi terhadap polis. Maksud ini orang tak tahu rukun negara Malaysia. Kat Malaysia kena ikut undang-undang. Kalau tak nak ikut, sila beredar ke negara yang lebih memerlukan anda," kata Harnizam. 


"Harap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap beliau. Beliau tidak menghormati undang-undang dan menghina pihak berkuasa," kata Fairoz. 


"Dari Selangor boleh lepas ke Pahang semata-mata nak membela kaum dia yang melakukan kesalahan. Kiranya melanggar SOP merentas negeri. Jadi apakah tindakan polis seterusnya?" kata Shedee. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/36gkywY
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3Az4YKw
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...