loading...

Monday, 19 July 2021

'Suami tak pernah tahu isteri Indon pegang MyKad orang lain' - Wanita Indonesia menyamar jadi warga Malaysia (pakai IC tercicir) untuk dapatkan vaksin, siap dapat 2 dos vaksin Covid-19


Seorang wanita warga Indonesia berstatus pendatang tanpa izin (PATI) didapati menyamar menggunakan kad pengenalan orang lain untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 sehingga berjaya mendapat dua dos suntikan pada 13 Jun dan 4 Julai di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Jeli. 


Bagaimanapun, perbuatan wanita terbabit yang bersubahat dengan suaminya warga Malaysia terbongkar selepas pemilik sebenar kad pengenalan tersebut membuat laporan polis selepas terkejut apabila mendapati namanya sudah lengkap mendapatkan dua dos suntikan. 


Akibat dari perbuatan tidak bertanggungjawab itu, Yanik Setia Praatiwi, 36, dan suaminya, Amiruzaman Ab Rahman, 59, dijatuhkan hukuman denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Jeli pada Ahad selepas kedua-dua tertuduh mengaku bersalah terhaadap dua pertuduhan tersebut. 


Mengikut pertuduhan, Yanik Setia didakwa menyalahgunakan kad pengenalan Nor Athirah Zaiki, 26, untuk mendapatkan suntikan vaksin pada 13 Jun dan 4 Julai di PDK Jeli. Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 


Majistret Mohamad Nashrudin Mohamed, mengenakan denda RM2,000 bagi dua pertuduhan tersebut dan mengarahkan tertuduh membayar denda itu atau berdepan dengan hukuman penjara 12 bulan jika gagal berbuat demikian. 


Sementara itu, Amiruzaman pula didakwa bersubahat dengan isterinya dan didakwa mengikut Peraturan 25(1)(m) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990. Tertuduh dikenakan denda RM2,000 atau penjara enam bulan bagi dua pertuduhan itu. 


Timbalan Pendakwa Raya, Ho Zee Xing memohon mahkamah mengenakan hukuman tegas bagi kesalahan yang dilakukan tertuduh itu merupakan kesalahan yang amat serius. Namun, peguam bela. Asmadi Abu Bakar yang mewakili pasangan itu merayu agar anak guamnya diberi hukuman ringan tanpa hukuman penjara kerana mereka menjaga anak angkat yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).


"Yanik hanya bekerja sebagai pembantu kedai runcit, manakala Amiruzaman pula bekerja kampung. Lelaki itu tidak tahu isterinya memegang kad pengenalan orang lain sehinggalah ketika mengambil vaksin di PDK," katanya. 


Amiruzaman memilih untuk membayar denda tersebut dan dibebaskan. 


Difahamkan, pemilik sebenar kad pengenalan itu tinggal di Sungkai, Perak. Nor Athirah pernah kehilangan kad pengenalannya ketika berusia 12 tahun. Semasa membuat semakan di aplikasi MySejahtera pada 6 Julai, dia terkejut apabila mendapati namanya sudah lengkap mendapat dua dos suntikan vaksin Covid-19. 


Sumber: Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/2Tq2FsI
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3xT7p8Y
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...