Kes positif Covid-19 di Malaysia hari ini mencatatkan 17,786 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 1,113,272 kes. Beberapa buah hospital pula memaklumkan katil untuk pesakit tidak mencukupi, termasuk juga bilik mayat yang sudah tidak cukup ruang penyimpanan sehingga terpaksa menggunakan kontena khas.
Walaupun kes positif menunjukkan trend peningkatan, angka itu tidak langsung tidak menakutkan kumpulan baju hitam yang turun ke jalan raya hari ini untuk menyertai perhimpunan 'Keluar dan #Lawan' di Kuala Lumpur.
Lapor media tempatan, peserta perhimpunan itu didapati berkumpul di beberapa kawasan sejak jam 10 pagi, selepas tualr di media sosial satu poster yang mengajak orang ramai turun ke jalanan bagi menunjukkan solidariti rakyat terhadap rakyat yang dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka.
Menurut polis, kumpulan berkenaan dikatakan mula berarak dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka, sambil membawa bendera hitam, replika jenazah dan sepanduk menentang kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Bagaimanapun, polis terlebih dahulu membuat kawalan keselamatan di kawasan Dataran Merdeka dan beberapa laluan menuju ke kawasan itu juga ditutup. Pemantauan turut dibuat melalui udara menggunakan helikopter.
Keadaan menjadi kecoh seketika ekoran tindakan sebahagian peserta yang bertindak keluar dari barisan semasa berarak ke Dataran Merdeka, selain bertindak agresif apabila dilihat melompat-lompat tatkala melaungkan slogan 'Hidup Rakyat'.
Kumpulan itu kemudian ditegur oleh polis agar mereka menjaga penjarakan fizikal sebelum kumpulan itu menyambung semula perarakan ke lokasi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, penganjur dan peserta perhimpunan tersebut akan dipanggil polis untuk diambil keterangan dalam masa terdekat. Ini kerana sebarang perhimpunan (walaupun secara aman) dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah tidak dibenarkan dan jelas melanggar arahan PKP.
Dalam pada itu juga, Mohamad Zainail menganggarkan hanya 400 individu yang menyertai perhimpunan tersebut. Perhimpunan bersurai pada jam 12.30 tengah hari tadi dan tiada sebarang penahanan dibuat.
Di media sosial, rata-rata netizen mengutuk tindakan para peserta perhimpunan selepas melihat beberapa video dan gambar tular menunjukkan sebahagian para peserta terkinja-kinja, menunjukkan isyarat lucah tidak ubah seperti beruk baru keluar dari zoo. Netizen juga bimbang disebabkan perhimpunan yang dianggap tidak berfaedah itu, negara akan mengalami gelombang Covid-19 yang lebih teruk.
"Kita nak turunkan kes, diorang pula nak menambah kes. Tunggulah kluster baju hitam nanti," kata netizen.
Sumber: Harian Metro, Facebook
from The Reporter https://ift.tt/3xfmpgq
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3lkq3Dl
via IFTTT