Gambar mural tiga wanita yang dilukis tanpa berpakaian di Balai Seni Jalan Sasaran, Sungai Buloh, Jeram, viral di media sosial mengundang rasa kurang senang penduduk tempatan dan juga netizen.
Jelas pada gambar tersebut tiga wanita itu tidak berpakaian sehingga menampakkan bahagian-bahagian mengaibkan wanita, tidak bermoral, melanggar prinsip rukun negara (Kesopanan dan Kesusilaan) dan mencemarkan kawasan penempatan yang majoritinya Islam.
Menyedari gambar itu dikecam teruk oleh netizen, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) tampil memberi penjelasan bahawa lukisan itu sebenarnya masih dalam proses lakaran. MDKS telah mengarahkan pelukisnya menyiapkan bahagian sensitif dengan kadar segera (tiga jam).
Setakat jam 10 malam Isnin, lukisan mural itu telah disiapkan 40 peratus dan dijangka akan siap sepenuhnya sebelum 26 April 2021.
Walaupun begitu, polis telah mengambil maklum mengenai mural tersebut dan kertas siasatan telahpun dibuka.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima laporan dari orang awam dan siasatan awal mendapati, permohonan projek lukisan itu diterima daripada Persatuan Kesenian Sasaran Kuala Selangor dan telah mendapat kelulusan MDKS pada 22 Mac 2021.
Namun katanya, MDKS tidak diberitahu secara jelas mengenai bentuk dan jenis mural yang dilukis. Pelukis berkata, lukisan itu perlu dilukis mengikut lapisan demi lapisan sehingga selesai.
"Tiada unsur-unsur mural yang dilukis ini mencetuskan perbalahan antara kaum atau menghina mana-mana pihak berkenaan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Sementara itu, salah seorang pelukis mural berkenaan, Lyana Leong, tampil memberi penjelasan bagi menafikan dakwaan liar di media sosial.
"Ya sebagai pelukis mural ini, saya ingin menjelaskan bahawa isu ini semua hanya salah faham. Tujuan saya melukis tiga wanita tanpa pakaian ini adalah berdasarkan pengalaman saya melukis mural.
"Saya harus melukis lapisan pertama dulu. Dalam proses melukis wanita bogel, baru lukis pakaian. Sementara kami masih dalam proses mural yang boleh siap, kami ada tutup kain hitam supaya orang awam tidak nampak aurat wanita.
"Tetapi disebabkan saya dan kawan saya, Sliz, ingin melihat lukisan ini dari jauh untuk membuat semakan sama ada muka atau bentuk badan lukisan tersebut ada kecacatan atau tidak, beliau menanggalkan kain hitam untuk kami melihat lukisan itu dari pandangan jauh. Selepas itu kami menutup semula lukisan itu menggunakan kain hitam.
"Malang tak berbau, semasa kami menanggalkan kain itu dalam jangkaan masa 30 minit, penduduk di sini meluahkan rasa tidak puas hati, malah menviralkan kes ini di media sosial. Sehingga menghina orang berbangsa Cina.
"Padahal yang melukis ini adalah saya dan Sliz di mana kmai berdua ini berdarah Melayu. Ini sudah menjadi unsur fitnah terhadap bangsa Cina. Padahal perkara ini tiada kaitan pun dengan isu perkauman," katanya.
Sumber: Siaran Media IPD Kuala Selangor, Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2QDsJyO
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3at8JpE
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment