Media sosial sepatutnya digunakan dengan baik, tujuan baik tanpa perlu menyakitkan hati mana-mana individu atau pihak. Tetapi tidak dinafikan ada yang terlanjur melakukan kesilapan itu dan akibatnya? Dikecam netizen dari setiap sudut sehinggalah dikorek segala data peribadi untuk dijadikan sebagai bahan tohmahan.
Baru-baru ini, seorang wanita memuat naik komen di Facebook yang mengatakan golongan lelaki boleh melupakan hasrat untuk berkahwin sekiranya tidak mampu menanggung hantaran RM20,000.
Ayat pertama mungkin masih boleh diterima, tetapi ayat yang seterusnya mengundang rasa tidak puas hati netizen khususnya netizen Sabah yang merasakan komen tersebut jelas sekali menghina orang Sabah.
"Haha kalau takde duit, takyah gatal nak kahwin. Kalau rasa RM20,000 mahal, kahwin je dengan orang kampung Sabah ke, yang duduk kat rumah panjang tu. Dapatlah RM500 centu," tulisnya.
Apa lagi di media sosial, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dan menuntut wanita itu memohon maaf.
"Yala kami ni orang kampung, duduk hutan. Kesian bah kami ni. Nda apalah, kami ok saja ba. Yang penting kami pandai masak nasi, pandai tanam padi, pandai menyumpit, pandai tangkap katak, pandai buat rumah, pandai angkat tong gas, pandai segala-galanya. Nda rugi hantaran murah serba boleh," balas Almy Abd Rasak yang turut menyertakan gambar dirinya membuatkan banyak 'Lacoste' membalas komennya itu.
"Sah dia tak pernah Sabah atau Sarawak sampaikan rumah panjang pun tak tahu. Rumah panjang kat Sarawak dik non oi!" tulis Rosdi Yusof yang hairan dengan sikap segelintir orang yang masih gagal membezakan asal usul rumah panjang.
Menyedari komennya telah menimbulkan kekecohan di media sosial, Nur Alea segera membuat laporan polis berikutan ada yang memuat naik komen berunsurkan ancaman terhadapnya. Nur Alea juga membuat permohonan maaf melalui Facebooknya pada 28 April 2021.
"Saya dengan merendah diri ingin memohon maaf atas kesalahan yang telah saya lakukan, mengecilkan hati pihak tertentu sehingga berlakunya kekecohan di mana komen saya telah diviralkan. Saya menarik balik apa yang saya cakap dan saya mengaku itu adalah salah saya.
"Di sini saya lampirkan laporan polis kerana isu ini telah semakin besar sehingga mendatangkan ancaman kepada saya dan segala butiran saya telah didedahkan oleh individu tertentu.
"Jadi saya rasa isu virla ini telah memberi ancaman keterlaluan sehingga boleh mengancam keselamatan saya. Saya tak ada Facebook lain selain Facebook ini, Twitter dan Instagram pun saya tak ada.
"Yang banyak post-post yang dikeluarkan itu semua adalah akaun palsu yang ingin mengeruhkan lagi keadaan dan mengambil kesempatan. Saya hanya mengeluarkan komen itu sahaja, tiada tokok tambah tentang isu ini. Akhir kata saya ingin memohon maaf sekali lagi," tulisnya.
Sumber: Facebook Nur Alea Afiqah
from The Reporter https://ift.tt/2S6Un7S
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/331qwQy
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment