Viral di media sosial sejak semalam, video iklan raya yang dibuat oleh syarikat judi GDBet333 dengan tajuk 'Cuci semua kemudian raya' mengundang kemarahan orang ramai khususnya umat Islam.
Video berdurasi dua minit itu memaparkan seorang pemuda dalam perjalanan pulang ke kampung untuk beraya tetapi tiada wang belanja.
Iklan itu kemudian menggalakkan anak muda berkenaan untuk berjudi dengan GDBet333 yang memberi jaminan banyak wang yang boleh dimenangi.
Turut diselitkan adegan memasak dodol di kampung, membakar lemang, beberapa wanita bertudung menyambut kepulangan anak muda terbabit yang kemudian turut mempengaruhi yang lain untuk berjudi dengan GDBet333.
Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) Che Hassan Che Johan berkata, iklan lagu raya itu berkaitan dengan kasino online yang pernah dipromosikan sebelum ini.
"Ini sudah pasti mengundang sensitiviti umat Islam kerana kita sedang berpuasa di bulan Ramadan dan disajikan dengan iklan yang bercanggah dari segi agama," katanya.
Che Hasan berkata, PPMM dan Persatuan Gerakan Transformasi Pengguna Malaysia (GTPM) akan membuat laporan polis berhubung perkara itu dalam masa terdekat agar pihak berkenaan dikenakan tindakan.
Sementara itu di media sosial, netizen turut meluahkan rasa kesal terhadap individu yang berlaku dalam video tersebut.
"Jika ada orang Islam terlibat dalam iklan ini, anda semua akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabnya di akhirat kelak. Jangan hanya fikirkan duit, kalau ia tetap jalan yang haram (mempengaruhi orang lain untuk melakukan perkara mungkar)," kata Izzul Aiman.
"Buat malu mak bapak je. Inilah padah budak-budak ni tak boleh rentas negeri. Kalau tak, pijak je kaki kat kampung tu, confirm kena perambat sekor-sekor dengan mapk pak diorg. Promosi judi pale otak diorang," kata Munirah.
Sumber: Facebook Mohd Faizal Zulikifly, Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3uZ4A4D
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3e8f2jb
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment