Kertas siasatan mengenai pasangan selebriti, Noor Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diserahkan semula kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) kelmarin.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya sedang menunggu arahan dari TPR untuk tindakan selanjutnya.
"Kami hantar semula kertas siasatan itu setelah membuat beberapa penambahan dan segala perkembangan yang berkaitan dengan kes itu akan dimaklumkan kepada orang ramai kelak," katanya.
Dari sumber wartawan Astro Awani, Fareez Azman, memaklumkan polis mencadangkan pasangan selebriti berkenaan, keluarga dan penganjur majlis dikenakan tindakan kompaun kerana didapati melanggar SOP.
Bagaimanapun, Mohamad Zainal dilaporkan berkata, hal itu bergantung kepada TPR sama ada memilih untuk menuduh di mahkamah setelah meneliti keterangan yang ada dalam kertas siasatan.
"Kesalahan melanggar Akta 342 dan Peraturan dibawahnya adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 25 Akta yang sama atau dituduh di mahkamah yang mana hukumnya adalah penjara tidak melebihi 7 tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.
Sumber: Malay Mail, Wartawan Astro Awani
from The Reporter https://ift.tt/3gp4I9s
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3n9gtC2
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment