Isnin lalu, 5 April 2021, seorang murid tahun satu ditampar oleh guru sekolah agama di Kulai sehingga menyebabkan bibir mangsa bengkak dan berdarah.
Ibu mangsa, Ida Sofea Mohamed, 34, berkata, guru berkenaan memberi alasan bahawa anak lelakinya menangis tanpa henti menyebabkan dia hilang kesabaran lalu menampar muka anaknya.
"Bila saya ambil dia balik dari sekolah dan dia buka pelitup muka, saya nampak ada darah dan mulutnya bengkak. Bila diperiksa, ada lebam darah beku dalam mulut dengan pipi bengkak sebelah.
"Petang itu saya membawanya ke klinik untuk mendapatkan ubat bagi kebaskan mulut yang bengkak agar dia boleh makan seperti biasa," katanya.
Jelas Ida lagi, guru besar sekolah itu juga dikatakan memberi jawapan yang menyakitkan hati berhubung perkara itu dengan berkata "Benda dah jadi..".
"Guru Besar sebagai seorang pemimpin perlu lebih profesional dengan memberi janji bahawa perkara seperti itu tidak akan berulang," katanya.
Susulan dari kejadian itu, polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, seorang pegawai kanannya di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai menerima maklumat mengenai kejadian menimpa mangsa itu menerusi media sosial.
Semakan awal pihaknya mendapati tiada sebarang laporan polis yang diterima dan pihaknya membuat satu laporan sebagai maklumat pertama untuk siasatan lanjut.
Sumber: Kosmo! Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3uJ0pJX
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3dTpcnJ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment