loading...

Sunday, 18 April 2021

(Video) 'Saya minta maaf, tiada niat menyinggung perasaan umat Islam' - Tauke Judi Online


"Sekiranya apa yang saya katakan kepada dua pengawal peribadi saya telah menyinggungkan perasaan ramai pihak, saya rasa saya harus meminta maaf kepada semua umat Islam di negara ini, kepada Yang di-Pertuan Agong dan dua bekas pengawal peribadi saya itu. 


"Saya tidak bermaksud menghina sesiapa dengan apa yang saya katakan," demikian kata-kata suspek kes pukul dua pengawal keselamatanya kerana berpuasa. 


Video permohonan maaf suspek itu viral di media sosial dan mendapat banyak reaksi dari netizen yang masih tidak berpuas hati dengan tindakannya. 


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya tidak mengadakan sidang media khas untuk suspek. Sebaliknya hanya secara kebetulan ramai wartawan berada di IPD Dang Wangi selepas sidang media berkaitan video raya mempromosi judi online. 


Ketika itu, suspek dalam proses pemindahan dari IPD Dang Wangi ke IPD Klang Selatan dan berada di perkarangan lobi menunggu kenderaan IPD Klang. Suspek yang tidak disoal oleh wartawan secara tiba-tiba bercakap dan dirakam oleh pihak media. 



Dalam pada itu juga, Mohamad Zainal menegaskan, polis tidak memberi sebarang layanan istimewa untuk suspek yang direman selama lima hari untuk membantu siasatan. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/2Qztb11
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3ao2VNX
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...