loading...

Wednesday, 21 April 2021

'Kepalanya tersangkut di celah besi' - Bayi 7 bulan maut tersepit di celah katil besi


Bayi lelaki berusia 7 bulan meninggal dunia dipercayai tersepit di celahan besi katil di sebuah asrama kebajikan di Jitra, semalam. 


Lapor Harian Metro, pihak polis dimaklumkan oleh sebuah hospital pada jam 8.30 malam berhubung kematian mangsa, lalu datang ke lokasi untuk melakukan siasatan. 


Difahamkan ketika kejadian itu berlaku, terdapat dua pekerja asrama yang sedang bertugas iaitu lelaki berusia 43 tahun dan wanita berusia 60 tahun. 


Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku kira-kira jam 7 hingga 8 malam, di mana dua pekerja terbabit meninggalkan mangsa di atas katil dalam keadaan terbaring bersama bantal di kiri dan kanannya, sementara mereka berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib. 


Setelah selesai solat, wanita itu memeriksa kawasan katil asrama dan mendapati mangsa tersepit dalam keadaan kepalanya tersangkut pada celah besi katil. Polis tidak menolak kemungkinan mangsa merangkak dan cuba keluar melalui celahan besi katil itu. 


Pemeriksaan pada badan mangsa tidak menemui sebarang kesan kecederaan yang boleh dikaitkan dengan perbuatan jenayah. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya. 


Sementara itu, dua pekerja terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.


Menurut sumber Harian Metro, mangsa dihantar ke asrama itu untuk dijaga sementara, bermula 1 April lalu, ekoran ibu bapanya berada dalam tahanan berkaitan kes dadah. 


Asrama itu menempatkan 26 penghuni bersuai 22 hari hingga 15 tahun dan majoritinya adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan, kurang upaya dan cacat. 


Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3go9W5j
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3x7S3Od
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...