loading...

Thursday, 15 April 2021

Tiada lagi kebenaran 'melangkawi' negeri, kecuali melibatkan kecemasan, kematian & PJJ - Ketua Polis Negara


Susulan dari peningkatan kes Covid-19 yang semakin menjadi-jadi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mengetatkan kebenaran untuk merentas negeri bermula hari ini. 


Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani ABdullah Sani berkata, kebenaran akan diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan berdasarkan tiga kategori situasi yang telah ditetapkan. 


Rentas negeri hanya dibenarkan bagi kes kecemasan yang melibatkan keluarga terdekat dan pemohon perlu menyertakan dokumen-dokumen sokongan. Selain itu, hal-hal yang melibatkan kematian dan pasangan jarak jauh (PJJ). 


Jika sebelum ini, aktiviti menghadiri majlis kenduri perkahwinan dan yang sewaktu dengannya dibenarkan untuk merentas negeri, kali ini tiada lagi kebenaran yang akan diberikan. 


"Pasukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) diarahkan untuk tegas dalam penguatkuasaan SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya memetik laporan dari Harian Metro. 



Sebelum ini, golongan selebriti, instafamous dikesan menyalahgunakan kebenaran merentas negeri untuk menghadiri majlis, berbulan madu dan aktiviti-aktiviti lain sehingga mengundang kemarahan netizen yang menganggap perbuatan mereka itu tidak sensitif dan jelas sekali melanggar SOP. 


Akibat dari itu, ada orang awam yang juga menggunakan helah yang sama untuk membuat permohonan merentas negeri demi kepentingan diri tanpa mengendahkan larangan yang telah ditetapkan oleh MKN.



from The Reporter https://ift.tt/32o5Gu9
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3thvDHM
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...