Peningkatan kes positif Covid-19 yang begitu ketara sejak kebelakangan ini, menimbulkan kebimbangan ramai. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mencadangkan kebenaran merentas negeri bagi menyambut Aidilfitri pada bulan depan ditangguhkan.
Sabtu lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KKM perlu memaklumkan lebih awal sama ada boleh atau tidak orang awam merentas negeri untuk pulang ke kampung bagi menyambut perayaan Aidilfitri.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, cadangan itu dibuat kerana KKM menerima banyak rungutan dan rayuan dari pelbagai pihak yang mendesak kerajaan menangguhkan kebenaran merentas negeri.
"Sepertimana kita sedia maklum, kebanyakan negeri ketika ini masih di bawah PKPB dan PKPP sehingga 28 April ini.
"Memandangkan kes harian masih meningkat dan belum stabil, maka pergerakan ini perlu ditangguhkan," katanya.
Semalam 14 April 2021, Malaysia mencatatkan sebanyak 1,889 kes positif berbanding sehari sebelumnya hanya 1,767 kes.
Sementara itu, Adham juga memaklumkan pihaknya menerima banyak aduan mengenai kegagalan pematuhan SOP di bazar Ramadan di beberapa lokasi di seluruh negara.
Kerajaan katanya tidak menolak kemungkinan akan menutup bazar Ramadan jika wujudnya kluster baharu dari aktiviti bazar.
"Kalau kluster bazar wujud, KKM akan lakukan siasatan melalui rekod MySejahtera bagi mendapatkan punca yang tepat. Mudah bagi kita untuk kesan punca atau tempat bermula jangkitan," katanya.
Sumber: Harian Metro, Berita Harian
from The Reporter https://ift.tt/3x5BrXp
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3dm5emO
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment