loading...

Monday, 12 April 2021

'Kerajaan dah tak banyak wang, banyak belanja untuk bantu rakyat terkesan dengan Covid-19' - Muhyiddin


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, kerajaan pada masa ini sudah tidak mempunyai banyak wang kerana pada Belanjawan 2021, sebanyak RM600 bilion dan beberapa pakej rangsangan telah digunakan untuk membantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19. 


"Sudah banyak kita belanjakan wang tahun ini, tahun lepas. Apa sebab? Covid-19. RM340 bilion untuk pakej-pakej ransangan, RM322 bilion untuk belanjawan," katanya. 


Muhyiddin terdahulu hadir ke sebuah majlis sambutan perayaan Vaisakhi di Petaling Jaya, Selangor, semalam. 


"Saya pergi sekolah, tapi tak pandai kira how much is that. Saya fikir banyak orang Sikh faham. Ia lebih dari RM600 bilion, jumlah yang sangat besar. 


"Apa yang saya cuba nak sampaikan di sini, kita tidak mempunyai wang yang tinggal. Kita tak ada banyak wang seperti sebelum ini kerana perkara yang paling penting bagi kita adalah memastikan kehidupan kita, kita seharusnya dapat menguruskan diri dengan lebih baik," katanya. 


Mac lalu, Muhyiddin mengumumkan pakej rangsangan ekonomi baru yang digelar Program Strategik Memperkasakan Rakyat dan Ekonomi (Pemerkas) bernilai RM20 bilion. 


Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pelbagai pakej rangsangan, iaitu Prihatin bernilai RM250 bilion, PKS Prihatin (RM10 bilion), Penjana (RM35 bilion), Kita Prihatin (RM10 bilion) dan Permai (RM15 bilion).


Sumber: MalaysiaKini



from The Reporter https://ift.tt/3sggAg6
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3dcHyB1
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...