loading...

Tuesday, 13 April 2021

Majlis Ijabkabul Neelofa & PU Riz langgar SOP, Polis cadang mereka dikenakan kompaun


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan berhubung kes pelanggaran SOP membabitkan pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail (PU Riz) telah lengkap dan sudah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjuntya. 


Beliau berkata, pihaknya sudah mencadangkan agar pasangan berkenaan dikenakan kompaun. 


"Timbalan Pendakwa Raya yang akan putuskan sama ada didakwa atau sebaliknya. Kami sudah serahkan kertas siasatan. Polis memberi cadangan untuk dikompaun," katanya. 


Pada 27 Mac 2021, Neelofa dan PU Riz selamat diijabkabulkan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Namun, pasangan itu mendapat banyak kecaman dari netizen selepas gambar majlis itu tersebar di media sosial yang jelas sekali menunjukkan pelanggaran SOP dan tiada penjarakan fizikal. 


Selama beberapa hari netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang menghadiri majlis itu sepertimana tindakan kompaun tanpa berbelah bagi dikenakan terhadap rakyat. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/2QfgHLI
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3mGcv3E
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...