Tidak tahan dipergunakan dan dipaksa melakukan rutin harian yang pelik oleh kekasihnya, wanita berusia 24 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Banting, Selangor.
Difahamkan, mangsa yang hanya dikenali sebagai Mei, mula mengenali suspek berusia 31 tahun itu sejak Mei 2020 selepas kedua-duanya mempunyai minat yang sama dalam aktiviti sukan elektronik. Namun Mei tidak menyedari lelaki itu sebenarnya mahu mengambil kesempatan terhadapnya yang sedang anggau dilamun cinta.
"Saya tidak sedar dia adalah kasonova 'pisau cukur'. Saya dipujuk supaya membuat pinjaman wang dari ceti haram atau along sejak Januari 2021.
"Saya diarah meminjam wang RM3,000 dari along sebelum semua wang itu diserahkan kepadanya. Saya kemudian diminta untuk membayar hutang along itu.
"Saya seperti orang bodoh apabila mengikut saja arahannya itu sebelum diminta pula membuat hutang baru berjumlah RM200,000 dari along," katanya.
Selain itu, Mei juga dipaksa oleh suspek untuk melakukan pelbagai bentuk senaman dan rengangan tubuh seawal jam 5.30 pagi setiap hari. Aktiviti itu perlu dirakam dan videonya dihantar kepada suspek sebagai bukti cintanya. Sekiranya Mei terlambat atau tidak menghantar video, dia akan dimarahi suspek dengan teruk.
Tidak cukup dengan video, suspek juga meminta Mei menghantar gambar bogelnya dengan alasan mahu menilai hasil senaman dan bentuk badan yang diingini.
Sehinggalah suatu ketika, Mei mula menyedari dia dipergunakan oleh suspek untuk mendapatkan wang dengan cara mudah. Ini berikutan suspek enggan membantunya menjelaskan semua hutang tersebut. Suspek turut mengugut mahu menyebarkan video bogel Mei, menyebabkan gadis itu terus membuat laporan polis.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/32bbFTk
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3dhAt2p
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment