Tidak dinafikan, sejak pandemik Covid-19 ramai yang terkesan terutamanya golongan B40, M40 dan T40. Ada yang hilang pekerjaan, terpaksa 'direhatkan' sementara dan sekali gus hilang punca pendapatan menyebabkan mereka terpaksa mencari jalan lain untuk menyara kehidupan.
Ada suara yang meminta pihak kerajaan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan wang simpanan dari Akaun 1 bagi mengurangkan beban golongan terjejas. Pada pembentangan Belanjawan 2021 lalu, kerajaan merealisasikan permintaan itu dan sedikit sebanyak melegakan rakyat.
Bagaimanapun, keputusan pihak KWSP mengenakan pelbagai syarat menimbulkan rasa kurang senang golongan berkenaan. Sedangkan bagi mereka, wang simpanan dalam akaun tersebut adalah wang milik mereka dan beranggapan tiada salahnya sekiranya mereka mahu menggunakan wang tersebut tanpa perlunya dikenakan pelbagai syarat ketat.
Baru dimuat naik hari ini, lagu 'coverosak' dari Mohd Nur Azman Naim menerima banyak Like dan komen dari netizen yang bersetuju dengan luahan kekecewaannya itu.
Menggunakan background muzik instrumental Getaran Jiwa nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Azman dalam mesej ringkasnya berkata, dirinya sudah penat nak bercakap dan menyampaikan kekecewaannya melalui nyanyian lagu coverosak itu di mana harapan pada i-Sinar kini menjadi i-Malap.
"Bila i-Sinar jadi i-Malap. I cuba diam, tapi I tak boleh. I dah penat nak cakap, so I nyanyi," tulisnya pada kapsyen video tersebut.
LIRIK LAGU GETARAN JIWA VERSI 'COVEROSAK' OLEH AZMAN NAIM DENGAN LIRIKAN MATA YANG DEEP
Tekanan jiwa, melanda hatiku
Susah nak keluar, KWSP-ku
Walau itu duit aku
Tetapi banyaknya syarat
Moga dapat dimudahkan
Sedarlah kami wahai han*t
Dan mungkin hilang
Undi di PRU (Pilihan Raya Umum)
Rakyat dah bengang, barulah kau tahu
Andai nak keluar
Tapi banyak syarat
Engkau tiada berjiwa rakyat
REAKSI NETIZEN
Sumber: Azman Naim
from The Reporter https://ift.tt/36vzdVQ
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/39xcASS
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment