loading...

Tuesday 8 December 2020

(Video) 'Patut hempuk burung dia dengan vakum!' - Staff Car Wash buat gangguan seksual terhadap pelanggan wanita


Viral di media sosial video seorang lelaki warga asing melakukan gangguan seksual terhadap wanita yang sedang mengemas keretanya dalam kejadian yang berlaku di sebuah pusat mencuci kereta.


Menurut sumber, kejadian itu berlaku di Jalan Kebun, Seksyen 32, Shah Alam. Video berdurasi 29 saat itu menunjukkan mangsa mengeluarkan alas kaki tempat duduk penumpang belakang di keretanya Perodua Myvi sebelum mengambil vakum untuk membersihkan bahagian tersebut. 


Tiba-tiba suspek datang dengan membawa telefon bimbit di tangan kanan, manakala tangan kiri pula memegang alat kemaluannya yang terjojol keluar dari seluar, menghampiri belakang mangsa sambil merakam adegan jijiknya itu. 


Lebih kurang 10 saat kemudian, mangsa mengundur sedikit dan merasakan ada 'sesuatu' di belakangnya lalu berpaling dan terkejut apabila melihat kehadiran suspek.


Suspek terus menundukkan badannya dan tidak diketahui apa yang berlaku selepas itu dan dipercayai mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. 



Golongan wanita dinasihatkan berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling apabila berada di tempat awam. Sekiranya mampu, bekalkan diri dengan alat penyembur lada bagi melindungi diri dari menjadi mangsa kepada lelaki gila seks. 


Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/2VWF5RK
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3mYDAhP
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...