loading...

Friday 4 December 2020

(Video) Kereta baharu dibeli hentam dinding, pemilik terpijak pedal minyak


Saat membeli kereta baharu sepatutnya menjadi detik yang menggembirakan dalam hidup seseorang, tetapi bagi seorang lelaki itu, ia bertukar menjadi mimpi ngeri gara-gara kesilapannya meletakkan kaki di pedal minyak. 


Video viral di media sosial menunjukkan seorang lelaki di India sudah bersedia untuk memandu kereta baharunya keluar dari Karnival Kia. Jurujual kereta juga sempat memberi beberapa penjelasan terakhir sebelum membenarkan lelaki itu memulakan pemanduan. 


Namun mereka tidak menyangka lelaki itu terus memulakan perjalanan dengan menghentam dinding konkrit sehingga menyebabkan beg udara diaktifkan.


Kejadian itu membuatkan ramai yang terkejut dan bergegas memeriksa keadaan pemandu berkenaan yang dianggarkan berusia 40-50-an. 


Difahamkan video itu dimuat naik di channel YouTube pada Jun 2020 dan hanya viral di media sosial baru-baru ini selepas dikongsi semula oleh pelakon dan pelawak India, Sunil Grover di akaun Instagramnya. 



Jumlah view di YouTube juga meningkat kepada 9 juta tontonan. Memang menyedihkan apabila musibah yang menimpa seseorang itu viral, tetapi begitulah cara internet berfungsi. 


Sumber: Oddity Central



from The Reporter https://ift.tt/3oq69Fs
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/37IqwHg
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...