loading...

Saturday, 5 December 2020

Tukang buat rumah bunuh pemilik rumah kerana tak dapat terima teguran


Seorang tukang buat rumah berusia 44 tahun berjaya ditahan polis selepas beberapa jam membunuh lelaki berusia 50 tahun dalam kejadian yang berlaku pada Khamis, 3 Disember 2020 di Kutai Timur, Indonesia. 


Ketua Polis Sangkulirang, Damiatus Jelatu berkata, suspek telah membunuh mangsa menggunakan senjata tajam kerana tersinggung apabila ditegur oleh mangsa yang menegurnya memegang kunci rumah miliknya. 


Berdasarkan keterangan suspek, kejadian itu mula berlaku ketika dia sedang bekerja di rumah mangsa. Mangsa kemudian datang memarahinya dan menuduh dia bersikap kurang ajar kerana memegang kunci rumahnya. 


Berang dimarahi tuan rumah itu, suspek gagal mengawal kemarahan lalu mengambil pisau yang terselit di pinggangnya lalu menikam mangsa sebanyak dua kali yang menyebabkan mangsa jatuh tersungkur. 


Mangsa sempat meminta pertolongan dari penduduk di sekitar, malangnya dia tidak sempat diselamatkan akibat kecederaan parah di bahagian leher dan kehilangan darah yang banyak.


Suspek telah ditahan dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. - Agensi



from The Reporter https://ift.tt/36J6pJB
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2VKddR0
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...