Seorang lelaki yang sudah mendirikan rumah tangga dicekup bersama pasangan bukan Islam warga Indonesia di dalam bilik di sebuah motel, disyaki berkhalwat.
Dalam serbuan yang dilakukan penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) pada jam 12.40 tengah hari Khamis, 3 Disember 2020, lelaki berusia 39 tahun itu bersama dengan wanita berusia 42 tahun itu ditahan, selepas pihak PADK menerima maklumat dari orang awam.
Anggota Penguat Kuasa PADK mengetuk pintu bilik dan memberi salam sebelum dibuka oleh lelaki terbabit yang berpakaian lengkap. Pemeriksaan dilakukan dan mendapati wanita Indonesia itu bersembunyi di dalam bilik air tanpa mengenakan sebarang pakaian.
Ketua Penguat Kuasa PADK, Azwan Azman berkata, siasatan awal mereka mendapati, pasangan itu bukan suami isteri setelah gagal menunjukkan sebarang dokumen.
Lebih teruk lagi, lelaki yang berasal dari Sarawak itu sudah berkahwin dua tahun lalu tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata dan bekerja di sebuah pasar raya di Kulim sebagai pengawal keselamatan.
Sementara itu, wanita Indonesia terbabit juga mengaku telah berkahwin dan bekerja di negara ini dan suaminya berada di Indonesia.
Pasangan itu ditahan dan dibawa ke balai polis untuk membuat laporan tangkapan sebelum diambil keterangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3lOMUUp
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/39J59YW
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment