loading...

Saturday 5 December 2020

Remaja perempuan 15 tahun dirogol 6 jahanam (penghantar makanan)


Polis menahan enam lelaki kerana dipercayai merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di dalam bilik di sebuah hotel di Petaling Jaya pada Rabu, 2 Disember 2020, lapor Harian Metro. 


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian itu diketahui oleh kakaknya pada jam 12 tengah hari selepas mangsa mendakwa dia dirogol enam lelaki yang dikenalinya. 


Sebaik saja menerima aduan itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya terus menahan suspek di kawasan Kampung Sungai Kayu Ara. 


Siasatan awal mendapati, semua suspek terbabit bekerja sebagai penghantar makanan itu mengaku terbabit dalam kejadian rogol tersebut. Empat suspek yang ditahan berusia 20 hingga 22 tahun, manakala dua lagi suspek berusia 16 dan 17 tahun serta sudah tidak bersekolah. 


Dua daripada suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau dan dadah. Semua suspek direman selama tujuh hari untuk di siasat di bawah Seksyen 376(b) Kanun Keseksaan. 


Sementara itu, mangsa mengalami tekanan emosi akibat kejadian itu dan kini sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3otkEIG
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3mJYZLP
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...