loading...

Monday 7 December 2020

'Hobi kami mahal' - 76 penunggang motosikal ditahan, 327 saman dikeluarkan


Tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya dan bersaing sesama sendiri sehingg mendatang bahaya kepada para pengguna jalan raya lain mengundang padah apabila mereka ditahan polis. 


Kira-kira jam 5 petang Ahad, 6 Disember 2020, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang terdiri daripada lima pegawai dan 36 anggota telah menjalankan Op Samseng Jalanan di Jalan Persiasaran Tasik Senangin, Mahkota Hill, Lenggeng, Negeri Sembilan. 


Hasil dari risikan dan intipan di lokasi tersebut, lebih kurang 76 penunggang motosikal ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan. Sebanyak 327 saman telah dikeluarkan bagi 350 kesalahan yang dilakukan. 


Selain itu, empat remaja lelaki berumur lingkungan 15 hingga 18 tahun ditahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala tiga lagi ditahan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana didapati positif dadah jenis methaphetamine setelah menjalani ujian saringan air kencing. 


Daripada jumlah yang ditahan, sebanyak 18 buah motosikal disita dan dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Nilai untuk tindakan lanjut. 


Pihak IPD Nilai, khususnya Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan terus menjalankan operasi berkenaan dari masa ke semasa dalam usaha membendung kegiatan samseng jalanan yang boleh menggugat ketenteraman awam. 


Sumber: BSPT IPD Nilai



from The Reporter https://ift.tt/2VQk3EA
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/36UjGPH
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...