loading...

Friday, 4 December 2020

Cemburu suami lebih mesra dengan isteri pertama, ibu sanggup tenggelamkan bayinya dalam baldi untuk tarik perhatian suami


Seorang wanita berusia 23 tahun ditahan polis pada Jumaat 20 November 2020 kerana dipercayai menganiaya bayinya sendiri yang berusia 1 tahun 8 bulan. 


Video perbuatan suspek yang tersebar di media sosial itu menunjukkan suspek memasukkan mangsa ke dalam baldi berisi air dan ditenggelamkan sehingga membuatkan mangsa menangis. 


Ketua Polis Daerah Tangerang Selatan, Indonesia, Angga Surya Saputra berkata, siasatan mendapati suspek mengaku melakukan perbuatan itu kerana kesal dan cemburu dengan suaminya yang lebih rapat dengan isteri pertama lalu bertindak menganiaya bayinya sendiri. 


Suspek juga mengakui, dia berbuat demikian untuk menarik perhatian suaminya. Tidak diketahui sama ada suspek dengan suaminya sudah bernikah secara rasmi atau lari. 


Setelah merakam video tersebut, suspek menghantar video itu kepada suaminya melalui aplikasi WhatsApp. Suami suspek terus menyebarkan video itu di media sosial dengan tujuan memberi pengajaran kepada suspek. 


Susulan tersebarnya video viral itu, polis telah menahan suspek dan memanggil suami suspek untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan. Pasangan itu akan didakwa mengikut undang-undang kerana menganiaya dan menyebabkan video kezaliman terhadap mangsa di media sosial. 


Suspek akan didakwa mengikut Akta 80 berkaitan dengan Perlindungan Kanak-Kanak dan berdepan dengan hukuman penjara selama lima tahun. - Agensi



from The Reporter https://ift.tt/3goSY4V
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3otqZ6y
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...