loading...

Thursday, 3 December 2020

6 jam duduk atas bumbung, penyamun tak berani turun


Niat seorang penyamun untuk memecah masuk kediaman bilal Masjid Jalil Hassan di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor terbantut apabila dirinya terperangkap di atas bumbung rumah selama enam jam, lapor Kosmo Online. 


Dalam kejadian awal pagi Rabu, 2 Disember 2020, suspek berusia 40-an itu terpaksa diturunkan dengan kren sebelum ditangkap oleh penduduk dan dipukul pada jam 8.30 pagi. 


Difahamkan, suspek cuba memecah masuk ke rumah itu pada jam 2 pagi melalui bumbung. Namun perbuatannya itu disedari oleh pemilik rumah yang terjaga dari tidur setelah terdengar bunyi bising di atas bumbung rumah. 


Pada awalnya, Bilal berkenaan menyangka ada haiwan di atas bumbung, tetapi sebaik diperiksa rupa-rupanya ada kelibat seorang lelaki. Bilal terus mengejutkan ahli keluarganya dan meminta bantuan dari jiran-jiran berdekatan untuk menangkap suspek. 


Penduduk kampung turut menghubungi polis yang kemudian datang ke lokasi kejadian dan cuba memujuk suspek untuk turun serta menyerah diri. Malangnya, suspek enggan berbuat demikian kerana dipercayai bimbang dirinya akan dibelasah penduduk kampung. 


Polis kemudian menghubungi bomba untuk meminta bantuan dengan menyembur air pada suspek. Tetapi usaha itu juga tidak berhasil sebelum meminta bantuan menggunakan kren sebuah syarikat pembinaan berhampiran. 


Tiada seorang pun penduduk kampung yang mengenali suspek yang dipercayai orang luar. Suspek kemudian diserahkan kepada polis dan dibawa ke balai untuk tindakan lanjut. 


Sumber: Kosmo Online



from The Reporter https://ift.tt/3qn3xtw
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/37xyD99
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...