loading...

Tuesday 8 December 2020

2 anggota polis ditahan, paksa pasangan kekasih lakukan hubungan seks sambil dirakam


Sepasang kekasih membuat laporan polis terhadap dua anggota polis berpangkat konstabel dan lans koperal yang didakwa telah memaksa mereka melakukan hubungan seks dan diperas ugut. 


Menurut Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, kejadian berlaku di Pengkalan Chepa pada jam 10.45 malam Jumaat, 4 Disember 2020. Ketika itu pasangan kekasih masing-masing berusia lingkungan 20-an itu sedang berada di dalam sebuah kereta di tepi jalan. 


Konstabel dan Lans Koperal berusia 31 dan 35 tahun yang sedang membuat rondaan di kawasan itu, terserempak dengan pasangan berkenaan dan dikatakan telah memeras ugut mereka sebanyak RM1,200 sekiranya tidak mahu perbuatan mereka dirujuk ke pejabat agama. 


"Anggota polis berkenaan dikatakan menumbuk seorang daripada mangsa sambil mengugut mereka dengan meminta wang sebanyak RM1,200 supaya kes berkenaan tidak dirujuk ke pejabat agama. 


"Selepas memperoleh wang berkenaan yang dikeluarkan dari mesin ATM berdekatan, anggota polis berkenaan juga didakwa meminta pasangan itu melakukan hubungan seks dalam kenderaan mangsa sambil dirakam menggunakan telefon bimbit anggota polis itu. 


"Mangsa wanita turut mendakwa dia dipaksa melakukan seks oral selain dicabul oleh seorang anggota polis ketika kekasihnya mengambil wang di mesin ATM," katanya. 


Mangsa membuat laporan polis dua hari selepas kejadian itu, iaitu pada Ahad lalu, 6 Disember 2020. Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan dua anggota berkenaan yang kini ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan. 


Kedua-dua mangsa juga telah dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.


Shafien memberi jaminan dua anggotanya itu akan dikenakan tindakan tegas sekiranya dakwaan mangsa itu benar. Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 377c, 354 dan 384 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/33RUt6z
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/36ZqThv
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...