Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di Thailand meninggal dunia selepas dipaksa oleh gurunya untuk melakukan lompatan setinggan sebanyak 100 kali kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.
Lapor The Nation, mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu jatuh sakit sejak 31 Ogos dan dikejarkan ke hospital pada 2 September. Keesokkan harinya, dia hadir ke sekolah seperti biasa.
Semasa berada di hospital, remaja itu tidak dapat menyiapkan kerja sekolahnya. Tetapi gurunya nekad menghukum pelajarnya itu meskipun mangsa telah memaklumkan mengenai apa yang berlaku.
Guru itu kemudian memaksa dia melakukan lompatan setinggan sebanyak 100 kali.
4 September, remaja itu jatuh sakit dan tidur awal. Namun dia tidak bangun pada keesokkan harinya. Doktor berkata, mangsa meninggal dunia ketika tidur kira-kira jam 3 pagi kerana jantungnya gagal berfungsi.
Selepas kejadian itu, pihak sekolah menghubungi keluarga mangsa dan memohon maaf serta bertanggungjawab di atas kematian mangsa. Namun tidak didedahkan sama ada guru terbabit dikenakan tindakan atau tidak.
Sumber: The Nation
from The Reporter https://ift.tt/35mZhCk
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2GR6OiN
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment