loading...

Wednesday, 23 September 2020

'Anak siapa ni?' - Budak dengan kesan parut di dahi ditemui terbaring di kawasan loji

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 2 hingga 3 tahun ditemui di kawasan loji Taman Juara Jaya, Kajang, Selangor semalam.


Menurut sumber, kanak-kanak itu ditemui lengkap berpakaian t-shirt merah dan berseluar putih tanpa selipar dalam keadaan terbaring di kawasan loji itu pada jam 9.40 malam, Rabu, 23 September 2020. 


Kanak-kanak itu kemudia dibawa ke Hospital Kajang untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan lanjut. 


Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu tampil menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohd Faeez Norzah, 013-2773407 atau mana-mana balai polis berdekatan. 


Menurut satu lagi sumber, sekiranya ibu bapa atau penjaga yang tampil menuntut kanak-kanak itu, dia akan diserahkan kepada rumah anak-anak yatim. 


"Kesian tengok, saya yang bawa dia pergi cari mak ayah dia pun tak tahu kat mana. Semua dah serah kat balai polis dah. 


"Jika ada yang kenal ibu dan ayah adik tu boleh beritahu mereka untuk ambil dia di IPD Kajang. Cuma adik tu tak berapa sihat tetapi sudah dirawat. Harap mereka yang kenal adik tu ambillah dengan baik," katanya. 


Sumber: Mohd Sobri, Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/3iXs5p7
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2RVCndf
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...