loading...

Tuesday, 22 September 2020

Guru ditahan, rembat beg berisi wang tunai 1,000,000 Yen

Polis di Nagoya, Jepun, menahan seorang guru berusia 39 tahun yang dipercayai mencuri selepas dia keluar dari sebuah kedai serbaneka bersama beg milik lelaki berusia 21 tahun, Isnin lalu. 

Difahamkan, beg tersebut mengandungi wang tunai berjumlah 1,000,000 yen (RM39,400). 

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.50 petang di Naa Ward. Polis berkata, suspek, Shingo Ito, guru di sebuah sekolah menengah, mengambil beg itu dari bahagian tempat makan dalam premis itu ketika pemiliknya pergi ke tandas. 

Apabila mangsa kembali, dia mendapati begnya telah hilang, lalu berlari keluar dan ternampak Ito mengambil begnya. 

Mangsa segera meminta kakitangan kedai itu menghubungi talian 110 untuk meminta bantuan pihak polis. 

Polis tiba di tempat kejadian dan menahan Ito. 

Namun, Ito ketika disoal siasat polis memaklumkan, dia menemui beg itu diletakkan di luar premis. 

Sumber: Japan Today


from The Reporter https://ift.tt/35Xce6c
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/32SnUoM
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...