Beberapa hari yang lalu, seorang pengguna Twitter memuat naik gambar ayam goreng yang dibeli dari sebuah restoran makanan segera, dicemari ulat yang kiranya ada lebih dari 10 ekor.
Pelbagai reaksi dari netizen yang melihat gambar meloyakan itu dan ia turut menarik perhatian pihak syarikat makanan segera berkenaan yang kemudian menghubunginya bagi menyelesaikan masalah itu.
Tidak dinafikan, tweet viral itu sedikit sebanyak telah mencemarkan imej pihak syarikat berkenaan. Sehinggalah jam 4.26 petang Khamis 24 September 2020, segala kebenaran akhirnya didedahkan oleh gadis itu sendiri.
Dalam tweet itu, Arabella memohon maaf di atas dakwaan palsu itu yang jelas sekali mendatangkan kesan negatif dan menjejaskan repustasi perniagaan McDonald's Malaysia.
KENYATAAN DARI ARABELLA:
"Pada 20 September 2020, saya ada membuat kenyataan melalui akaun Twitter saya di mana saya telah membuat dakwaan bahawa McDonald's Malaysia menyajikan produk Ayam Goreng McD yang telah tamat tempoh untuk dimakan, kotor, busuk, penuh berulat, tidak selamat dan berbahaya kepada kesihatan para pelanggannya.
"Saya mengesahkan bahawa, kenyataan saya itu telah dibuat secara melulu dan tanpa usul periksa. Pada hakikatnya, ayam goreng yang dipaparkan dalam tweet tersebut telah dibeli dan disimpan di rumah saya beberapa hari sebelum itu. Oleh itu, ia telah terdedah kepada suhu persekitaran yang mengakibatkan makanan tersebut menjadi tercemar.
"Dengan ini, saya memohon maaf kepada pihak McDonald's Malaysia kerana membuat dakwaan-dakwaan palsu dan bersifat memfitnah berkenaan produk-produk McDonald's.
"Saya sedar bahawa kenyataan saya tersebut telah mendatangkan kesan negatif dan menjejaskan reputasi dan perniagaan McDonald's Malaysia.
"Saya menyesali tindakan saya dan berjanji tidak akan mengulangi lagi kesilapan saya ini. Saya juga meminta kepada semua yang telah menerima dan menyebarkan siaran Twitter saya itu dengan segera memadam dan tidak lagi mengulangsiarkannya.
"Saya membuat kenyataan ini secara rela hati dan tanpa paksaan daripada mana-mana pihak," katanya.
Sumber: Arabella
from The Reporter https://ift.tt/3j1XPsX
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2RVohsp
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment