loading...

Friday, 25 September 2020

'Sehari, berbelas kali dia berak' - Bayi cirit teruk selepas tertelan tanah dari pasu pokok hiasan

Seringkali diingatkan agar barangan yang berbahaya dan memudaratkan anak-anak kecil tidak diletakkan di tempat yang mudah dicapai kerana bimbang ia akan mengundang kejadian yang tidak diingini. 


Namun apakan daya, sudah ditakdirkan anak kecil ini ditimpa tragedi yang dijangkakan. Hasrat ibunya untuk menegah anak dari mengacau pasu bunga yang diletakkan di tepi kabinet televisyen. 


Dipercayai anak kecil itu terkejut, lalu menyebabkan pasu itu terjatuh dan sebahagian dari tanahnya termasuk ke dalam mulut mangsa. 


Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami masalah kesihatan yang berlarutan. 


KEJADIAN ini, dia tengah seronok pegang pasu itu. Sekali saya menjerit memanggil dia, terus pasu itu jatuh ke atas dia. 


Pada ibu-ibu pengemar pokok indoor, tolong letakkan pasu di tempat yang tinggi. Inilah kesilapan besar saya. 


Selepas kejadian ini, anak saya mengalami cirit birit teruk. Dalam sehari, berbelas kali dia berak. Tak tahu punca dari mana. 


Hari ketiga, kami bawa dia ke klinik. Diberi makan ubat, tetapi keadaannya masih sama juga. Berlarutan selama seminggu. Diberi minum susu saja, dia berak. Sampai anak mengalami luka teruk kerana terlalu kerap cirit-birit. 


Dibawa pergi ke klinik kesihatan, doktor minta tukarkan susu sahaja. Masa ini memang tak terlintas langsung tentang pasir/tanah yang termasuk dalam mulutnya ketika kejadian tempoh hari. 


Keesokkan harinya, dia mula berak berdarah. Kami panik, terus bawa dia ke bahagian kecemasan, hospital. Doktor kata, kalau kami terlambat sikit, kemungkinan anak terkena jangkitan kuman. 


Doktor x-ray apa semua elok je. Kembung perut pun tidak. Doktor pun tak tahu apa puncanya dan kata mungkin alergik susu. Tetapi dah dua tiga kali tukar susu, keadaannya tetap sama. Hanya selepas tukar susu soya, baru keadaannya okay, tiada berak-berak. 


Sebelum discharged, doktor pakar pula kata, tak logik kalau ia berpunca dari susu. Ini mesti ada sebab yang lain. Kalau alergik susu, kenapa selama ini elok dan tiada apa-apa? 


Selepas itu, kakak saya ada bertanya, semasa kejadian pasu bunga terjatuh, ada termakan pasir tanah tak? Allah, baru saya teringat. Saya cari semula gambar ini dan tengok tarikh itu, memang beberapa hari sebelum anak cirit-birit. 


Maafkan mummy, selepasi ni mummy akan lebih alert. Nak berhias deco rumah kena mesra anak-anak kecil. 


Sumber: Penang Kini



from The Reporter https://ift.tt/2RWQP4R
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3mL2l1v
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...