Alangkah tergamaknya hati seorang lelaki memperlakukan anak lelakinya seperti binatang dan memaksa dia memakan nasi lemak basi sambil berdiri. Mangsa juga didera oleh bapanya dari segi mental hanya kerana lelaki itu mahu melepaskan kemarahannya terhadap bekas isterinya.
Insiden yang menimpa kanak-kanak itu didedahkan ibu, Azza Eirma, di Facebook kerana tidak tahan dengan sikap bekas suami yang semakin melampaui batas. Video dan gambar kejadian itu menerima banyak reaksi netizen yang meminta Azza segera membuat laporan polis.
Berdasarkan status panjang yang dimuat naik Azza, anaknya diberi makan nasi basi, disuruh berdiri di sudut sambil dimarahi oleh lelaki itu dan paling teruk kepalanya juga dipijak.
Lebih teruk lagi, lelaki itu secara terang-terangan menghisap dadah di depan anaknya.
----------------------------------------------------------------------------------------
ASTAGA.. Aku ni bukanlah manusia yang sempurna atau mak yang baik. Tetapi kalau dah nampak anak aku kena macam ni Ya Allah.. Kenapalah lepas aku dulu kau layan macam ni, dengan anak pun kau nak layan macam ni.
Datang time kau rindu anak, tanya-tanya dia. Aku hantar anak kat kau, tapi macam ni kau buat? Kau pijak kepala anak kau yang zakat dia pun aku yang bayar. Tu anak kau tau!
Minggu lepas kau pecah masuk rumah aku, rosakkan harta benda aku yang satu sen pun tak pakai duit kau. Ni anak lapar, kau paksa anak kau makan nasi lemak basi sambil berdiri di bucu bilik?
Aku nak ambil anak sampai terpaksa buat laporan polis. Minta tolong polis escort tapi tak boleh sebab tak ada surat mahkamah. Tengok keadaan anak, renting hati aku tapi bersyukur anak aku masih bernafas lagi.
Aku tak nak besarkan hal ini tapi sampai anak pun tahu pasal botol hisap batu semua, apa yang kau buat depan anak kau Jamal??? Apa yang kau tunjuk depan anak sampai semua tu anak tahu?? Kau nak mendadah pun dah bukan hal hidup aku, tapi lepas kau mendadah, kau hangin baran tak dapat, kau lepaskan dekat anak.
Aku belajar tak tinggi, soal undang-undang ni tak adalah aku tahu sangat tapi apa yang kau buat tu aku tahu salah. Apa kau tunjuk kat anak tu salah.
Kau nak jumpa anak, aku bagi. Bila dah jumpa tu, kau layan anak aku dengan bagi nasi basi, sepak terajang, mendadah depan anak?? Dah tu kau siap ambil video dan hantar dekat aku. Motif??? Marah ajak rujuk tapi aku tolak?? Nak main mental aku dengan seksa anak aku macam tu??
Aku tak belajar tinggi, so aku tak tahu law ini sangat tapi dah jadi macam ni, polis tak boleh ke nak masuk campur? Boleh sesiapa tolong suggest apa yang aku patut buat.
Aku dah buat report polis sebelum ambil anak aku. Tapi polis kata dia tak boleh buat apa-apa kalau tak ada surat mahkamah. Nak tunggu sampai anak mati, baru polis nak ambil tindakan? Ni bukan aku nak cari salah polis, tapi aku mohon pencerahan dari yang lebih arif.
Kau nak sangat tunjuk kuat kan? Tak apa, aku tolong beritahu orang ramai betapa kuatnya kau. Kau rasa hebat dapat buat anak macam tu kan? Tak apa, aku tunjuk kat orang ramai betapa hebatnya kau.
Biar mak, family adik beradik kau tahu betapa kuat dan hebatnya kau sebagai seorang bapa.
Kenapa block aku di Facebook? Takut kawan-kawan kau tahu kau bapak yang baik ke?
VIDEO BOLEH DITONTON DI [[ SINI ]]
----------------------------------------------------------------------------------------
Difahamkan, mangsa kini berada di pangkuan ibunya dan satu laporan polis telah dibuat terhadap bekas suaminya untuk tindakan lanjut.
"Maaf semua, anak saya ni saya dah ambil semalam selepas buat laporan polis. Sekarang tunggu polis tangkap dia je.
"Dia sekarang selamat dengan saya. Alhamdulillah semua okay. Saya dah ambil dia pada malam itu juga selepas menerima video dan buat laporan polis.
"Saya akan bawa dia pergi check up dan rujuk kes ini dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Tak sangka ramai yang prihatin. Terima kasih semua. Semoga dipermudahkan urusan kita semua," katanya.
Sumber: Azza Eirma
from The Reporter https://ift.tt/35kxXEV
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3jYbvW2
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment