Di kala yang lain sukar berkongsi kasih, wanita bernama Syiela Rashid ini bukan sahaja memberi keizinan, malah secara tidak langsung menunjukkan kepada orang ramai bahawa kebahagian itu juga boleh dikongsi bersama.
"Today is the day, 20/9/2020. Semoga Allah memberkati urusanku dan kanda hari ini. Semoga Allah menggandakan kekuatan untuk hatiku," tulis Puan Syiela Rashid di Facebooknya semalam.
Beliau juga berkongsi gambar dan video majlis akad nikah suaminya bersama isteri kedua yang dibuat secara sederhana.
Selesai akad nikah pada jam 10.16 pagi, serta-merta Puan Syiela mengumumkan dia juga mendapat 'adik' perempuan yang akan menemaninya selepas ini.
"Officially akak dapat adik perempuan," tulisnya.
"Suamiku, syurgaku. Ku berlindung di bawah naunganmu. Yang menyampaikan kasih Allah untuk diriku. Selamat pengantin baru Abang.
"Dah lima tahun lebih akak tak pakaikan sampin untuk pengantin lelaki. Sejak mendirikan rumah tangga dengan kanda Khubaib Ramli, akak hanya make-upkan dan groom pengantin perempuan sahaja.
"Hari ini, setelah lima tahun berlalu, akak refresh balik skill-skill lama akak. Semalam praktis sekali pakaikan sampin untuk kanda. Okey, jari akak masih lembut rupanya. Maklumlah mak andam, kata sang kanda. Haha.
"Head to toe kanda hari ini special touch by MUA Syiela Rashid," katanya.
Facebook Puan Syiela kini dihujani komen-komen netizen khususnya golongan wanita yang tidak berhenti-henti memujinya.
Sumber: Facebook Puan Syiela
from The Reporter https://ift.tt/3kBs4HL
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/35WixXE
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment