loading...

Sunday, 20 September 2020

SKMM siasat aduan TM kurangkan speed internet


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memulakan siasatan terhadap aduan pengguna berhubung pengurangan kelajuan muat naik pakej Unifi 500Mbps yang dilancarkan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) bulan lalu.

Dalam kenyataan hari ini, SKMM berkata butiran aduan menyatakan TM telah menawarkan kelajuan muat naik 200Mbps bersama pakej Unifi yang menyediakan kelajuan muat turun 500Mbps.

Setelah meneliti semula laman sesawang jualan rasmi pihak TM, SKMM berkata pengadu mengesan pakej tersebut telah berubah sejak 2 Sept dengan kelajuan muat naik dikurangkan separuh kepada hanya 100Mbps.

“Aduan ini turut dilaporkan oleh beberapa portal berita dalam talian yang menganggap pengguna terperdaya dengan tawaran yang dibuat dalam pakej awal yang diiklankan bulan lalu,” katanya.

Menurut kenyataan itu, SKMM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemberi perkhidmatan jika siasatan awal mendapati terdapat unsur yang melanggar kepentingan pengguna.

Katanya, Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang dikuat kuasa oleh SKMM memberi perhatian berat terhadap kepentingan pengguna perkhidmatan telekomunikasi dan pihak suruhanjaya itu memberi jaminan siasatan isu tersebut akan dijalankan secara telus dan adil.

Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/33HDLpq
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3iR5lH9
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...