loading...

Sunday, 20 September 2020

Pemimpin UMNO disahkan positif Covid-19 ketika berkempen di Sabah


Seorang pemimpin UMNO yang sedang berkempen di Sabah, dilaporkan positif Covid-19. 

Menurut media tempatan, pemimin itu merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO didapati positif selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang dan kini sedang menjalani kurantin wajib. 

Menurut sumber, keadaan masih terkawal dan pemimpin itu dimasukkan ke hospital untuk dikuarantin dan mendapatkan rawatan. 

Semua individu yang juga kontak rapat pemimpin itu juga diminat menjalani ujian swab sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan virus itu menular. 

Sebelum itu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada laporan rasmi yang diterimanya setakat ini dan jika benar pemimpin itu positif Covid-19, dia perlu dikuarantin di Sabah sehingga pulih sepenuhnya. 

Sumber: Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/3kA8ewC
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2RNHZGk
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...