loading...

Wednesday, 16 September 2020

'Basuhlah pinggan tu, itu kan kerja orang perempuan' - Anak & suami buat isteri macam orang gaji

 

Sudah menjadi kebiasaan sesetengah keluarga membiarkan segala tugasan rumah dilakukan oleh si isteri seorang diri. Sudahnya, isteri terpaksa menyelesaikan semua tugasan itu tanpa merungut kerana jika membebel sekalipun, pasti ada yang kata "itu kan tugas seorang isteri untuk menjaga rumah tangga". Tetapi sampai bila? Sampai bila isteri harus dilayan seperti seorang pembantu rumah? 

Suami seharusnya membantu isteri setiap masa. Jadilah ketua keluarga yang berguna, bukannya sekadar balik rumah, goyang kaki yang tak ubah seperti boss hanya pulang ke rumah yang dianggapnya seperti hotel. Selain itu, didik anak-anak melakukan tugasan rumah mengikut kesesuaian umur agar menjadi satu amalan biasa yang berguna terutamanya apabila mereka mendirikan rumah tangga kelak.

AYAH BUAT, ANAK IKUT, MAK YANG MENJADI MANGSA

Saya perhati je gelagat pasangan yang baru kahwin ini. Makan isteri hidangkan. Selepas makan, pinggan ditinggalkan atas meja terus keluar menghisap rokok. Si isteri senyum je ambil pinggan bawa ke sinki dan cuci. So sweet isteri layan suami macam raja.

Ketika belum ada anak, situasi begini memang nampak sweet. Tetapi selepas dah ada anak, tabiat begini kena kurangkan.

Anak-anak belum pandai menilai. Jadinya apa sahaja yang dia lihat, dia akan tiru. Termasuklah cara ayah melayan mak, dan cara mak melayan ayah. Anak akan tiru bulat-bulat! Takut mak jadi mangsa bulian anak-anak.

Yalah, mana tak kena buli kalau anak-anak makan kena dilayan setiap seorang. Kalau anak seorang okey lagi. Tapi kalau anak 3 4 5 orang? Tekanan si mak nak handle pelbagai ragam anak.

Lebih ditakuti ialah bila anak tak pandai langsung nak menolong mak. Tak menolong mak memasak, pinggan kotor tinggal je dalam sinki, kerja rumah semua mak seorang yang buat. Mak dah macam bibik, kerja nak melayan kehendak suami dan anak-anak.

Mak rajin atau malas bukan isunya, yang penting sekarang kita kena mengajar anak ringan tulang dan adab sejak kecil. Supaya dah besar nanti diorang tak menyusahkan pasangan. Terutamanya anak lelaki!


Anak lelaki akan jadi imam keluarga satu hari nanti. Kalau imam dalam solat, bacaan kena betul, tertib solat kena betul, semua berkaitan solat kena sempurna.

Begitu juga sebagai imam keluarga. Suami atau ayah mesti tunjukkan teladan yang baik pada isteri dan anak-anak, beri didikan yang terbaik dan kena jadi pemimpin yang boleh diharapkan. Barulah terbina keluarga sempurna.

Kahwin bukan tempat untuk orang yang malas atau rajin. Kahwin hanya untuk orang yang boleh bekerjasama dan sanggup susah senang bersama.

Nak sweet biarlah sweet sama-sama. Isteri layan suami macam raja, suami layanlah isteri macam permaisuri. Baru adil.

Sumber:  Mohd Fhais



from The Reporter https://ift.tt/33A8PaI
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2FqDOxX
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...