Dalam perkembangan terkini mengenai tragedi empat wanita berusia 21 tahun lemas akibat keracunan karbon monoksida di dalam kereta sehingga menyebabkan tiga daripadanya maut, salah seorang mangsa terdahulu mengadu pening kepala dan muntah secara tiba-tiba.
Nor Jamilah Ahmad, 30-an, ibu saudara kepada Sharifah Fariesha Syed Fathi, berkata dia difahamkan pemandu kenderaan MPV, Nor Aqilah, mengalami sakit kepala dan muntah sebelum memberhentikan kenderaan untuk berehat dan membeli makanan.
"Hanya Nor Aqilah sahaja yang tahu memandu, manakala Ayuni Shazwanie yang mempunyai lesen memandu tidak berani kerana bukan keretanya.
"Mereka berhenti dan berehat sementara menunggu keadaan Nor Aqilah pulih," katanya.
Pemeriksaan pada kenderaan Honda Odyssey oleh juruteknik syarikat pengeluar kenderaan itu mendapati, berlaku kebocoran pada ekzos yang disyaki menjadi punca mangsa mengalami keracunan gas karbon monoksida.
Ketika diperiksa, ekzos kenderaan itu mengeluarkan bunyi dan bau asap yang sangat kuat menyebabkan asap itu disedut masuk ke dalam ruang MPV berkenaan.
Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Sumber: Harian Metro
LAPORAN TERKINI
from The Reporter https://ift.tt/32DCCQi
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3hGQv4L
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment