Viral di media sosial negara jiran, sebuah majlis perkahwinan berubah menjadi suasana pilu apabila pengantin perempuan menangis melihat bekas suami dan anaknya datang menghadiri majlisnya.
Tangisan si pengantin perempuan amat memilukan. Bahkan dia sempat menangis di pelukan bekas suaminya itu dengan seorang kanak-kanak lelaki yang berada di dakapan bekas suaminya.
Detik itu membuatkan para tetamu juga tersentuh. Manakan tidak, dahulu mereka adalah sebuah keluarga dan kini terpaksa berpisah mengikut haluan masing-masing. Ditambah pula, lelaki itu datang bersama anaknya ke majlis perkahwinan bekas isterinya.
Meskipun begitu, ekspresi pilu lelaki itu tidak dapat disembunyikan apabila matanya kelihatan berkaca dan senyumannya yang berat menjadi bukti kesedihannya melihat bekas isteri kini menjadi milik orang lain.
Dia juga sempat mengatakan sesuatu agar isterinya kekal tenang dan majlis perkahwinannya itu.
Tidak diketahui mengapa pasangan itu berpisah dan juga tiada maklumat sama ada kanak-kanak itu adalah anak mereka berdua.
Namun, video viral itu juga membuatkan netizen berasa sedih dan berkata, "mengapa berpisah kalau masih sayang..".
Sumber: Sosok
from The Reporter https://ift.tt/2FspxRr
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3iB2odP
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment