loading...

Sunday, 20 September 2020

'Kelantan boleh manfaatkan air hujan' - Cadangan bernas Menteri Alam Sekitar & Air dikritik Netizen


Masalah air di negeri Kelantan seakan tiada jalan penyelesaiannya sejak dari dahulu lagi. Terbaru, Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man mengeluarkan kenyataan yang meminta rakyat di negeri itu memanfaatkan sumber alam bagi kegunaan harian. 

Kelantan katanya adalah antara negeri yang boleh memanfaatkan air hujan untuk kegunaan harian ketika berdepan dengan masalah bekalan air tidak mencukupi. 

Ini kerana, Kelantan bukan seperti negeri lain yang terlampau terdedah dengan sektor perindustrian, justeru kualiti air hujannya lebih baik. 

"Kelantan antaranya boleh manfaat air hujan sebab di negeri ini tidak banyak industri dan kurang pencemaran udara," katanya. 

Bagaimanapun, netizen memberi pelbagai reaksi yang kurang senang kerana kenyataannya itu bagai melepaskan batuk di tangga, sedangkan rakyat Kelantan mahukan bekalan air yang bersih dan sempurna, bukannya semata-mata bergantung pada tadahan air hujan. 




Sumber: MalaysiaKini

from The Reporter https://ift.tt/2HaEXdg
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3mDtSlo
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...