Hajat seorang pelanggan untuk melihat produk yang dijual oleh peniaga online tidak kesampaian apabila peniaga terbabit memilih untuk bersikap biadab bagaikan tiada hari esok.
Menurut perkongsian Arif di Twitternya berkata, dia pada awalnya bertanya mengenai 'casing magnet' untuk iPhone 7 Plus dan meminta gambar untuk melihat warna produk tersebut kerana mahu melihat kesesuaiannya.
Namun, peniaga itu menolak dan terus bertanya apakah Arif menggunakan telefon murah.
Maklum balas peniaga itu membuatkan pengadu tidak berpuas hati lalu menegur sikap peniaga terbabit yang kemudian juga membalas teguran itu dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.
"Eh kesah pulak. Bagi gambar? Kelakar nak cakap pasal takut tak sama size kat sini. Ingat kitorang jual cikai-cikai ke? Tak tahu beza size takat phone 7 plus tuh. Aduhai.. demand je lebih.
"Haha gi la beli yang beratus ringgit harga. Tak payah cari yang murah kalau demand tu macam nak beli casing harga ribu-ribu," tulis peniaga terbabit.
Perkongsian itu menjadi viral dan netizen memilih untuk mempertahankan Arif dengan menyerang Instagram dan WhatsApp peniaga biadab itu.
Tidak tahan dengan teguran dan 'serangan' dari netizen, akhirnya peniaga itu menetapkan Instagramnya kepada 'private', malah menyekat mana-mana nombor telefon yang menghantar mesej berbentuk sindiran kepadanya.
Kata orang, berniaga memerlukan kesabaran yang tinggi. Kalau tiada kesabaran, elok berhenti berniaga kerana kebiadaban itu kelak akan memakan diri.
Sumber: @arifxadli
from The Reporter https://ift.tt/2mVBtSo
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2osVXlC
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment